Pengambilan sebagai Separa Perubatan di Malaysia biasanya dibuka khusus untuk para pelajar lepasan SPM. Kerjaya sebagai Separa Perubatan merupakan kerjaya yang diminati ramai. Ini kerana selepas anda tamat mengikuti latihan tersebut, anda akan ditawarkan untuk berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Entri kali ini, kami akan berkongsi pelbagai maklumat tambahan mengenai bagaimana untuk menyertai Latihan Separa Perubatan di Malaysia!
Pengambilan Sebagai Separa Perubatan di Malaysia.
Apa bidang yang ditawarkan dalam Separa Perubatan di Malaysia?
Ada 13 bidang yang ditawarkan jika anda mengikuti Latihan Separa Perubatan. Apa yang anda perlu buat ialah, PILIH bidang mana yang sesuai dengan jiwa anda. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Jururawat
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Oh ya! Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan ini di sini.
Bila permohonan untuk Latihan Separa Perubatan di Malaysia ini dibuka?
Permohonan akan dibuka DUA KALI setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.
Flow untuk memohon Latihan Separa Perubatan di Malaysia.
- Anda perlu mengisi permohonan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jika ini kali pertama anda log in di laman sesawang SPA, anda perlu Daftar Pengguna terlebih dahulu sebelum log in.
- Bagi yang LAYAK untuk menduduki Peperiksaan Online, pihak SPA akan memaklumkan kepada anda melalui emel atau sms. Anda sudah tahu, bagaimana bentuk soalan bagi Peperiksaan Online Separa Perubatan? Klik sini.
- Jika anda LULUS peperiksaan online tersebut, anda akan disenarai pendekkan untuk tapisan kedua – TEMUDUGA!
- Bagi calon yang LULUS TEMUDUGA, anda kemudian akan mengikuti latihan selama 2 tahun setengah bagi program Sijil dan 3 tahun bagi program Diploma di kolej kejururawatan atau isntitusi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh anda mengikuti latihan tersebut, anda akan mendapat elaun bulanan dan juga beberapa elaun tamabahan yang lain.
- Selepas anda LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat Sijil atau Diploma, insya Allah anda bakal dilantik untuk menjawat jawatan di dalam KKM mengikut bidang latihan anda. Anda akan menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan.
- Jika anda lulusan SIJIL, anda akan bermula dengan jawatan Staf Separa Perubatan Gred U17/Gred U/19. Manakala jika anda lulusan DIPLOMA, jawatan anda adalah Staf Separa Perubatan Gred U29.
Semoga entri ini dapat membantu anda memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Separa Perubatan di Malaysia.
Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:
Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini
Leave a Reply