• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Persediaan Temuduga / Oh! 10 Sebab Ramai Gagal Sesi Temuduga?

Oh! 10 Sebab Ramai Gagal Sesi Temuduga?

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]10[/su_dropcap] Sebab Ramai Gagal Sesi Temuduga, separuh darinya mungkin berbalik kepada sikap seseorang itu sendiri. Mahu lulus, namun tidak bersedia untuk bekerja keras untuk itu. Jika anda mahu berjaya, anda perlu kaji 10 sebab ramai gagal sesi temuduga. Ini mungkin dapat membantu anda sedikit-sebanyak dalam menyiapkan diri.

Mungkin banyak lagi sebab mengapa ramai yang gagal, tetapi tentunya mengambil masa untuk dikaji dan dikongsi. Bagi memudahkan anda, kami ringkaskan dari berpuluh sebab kepada sepuluh sahaja, teruskan membaca 10 sebab ramai gagal sesi temuduga.

 

 1. Pemakaian dan Penampilan

Tahukah anda aspek pemakaian mempunyai aura tersendiri semasa anda menghadiri temuduga? Pemakaian yang beretika dan hebat bukan sahaja dapat mempengaruhi panel temuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

Jangan pula berlebih-lebihan sehingga kelihatan seperti pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon wanita. Kelihatan cantik amat perlu, namun anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

2. Terlebih Ramah dan Santai

Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

3. Berlebihan dalam Lagak Gaya

Panel temuduga tidak suka kepada calon yang bongkak dan angkuh. Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda. Elakkan daripada cakap besar dan bersederhanalah dalam percakapan anda.

4. Dokumen Tidak Lengkap

Tidak membawa dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Jika dokumen tersebut hilang, anda seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

5. Tidak Menepati Tasa dan tiada Persediaan

Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan besar. Jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda. Lewat di hari yang bermakna untuk berjaya merupakan kesilapan besar. Ini juga mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.

6. Tidak Jujur dalam Menjawab Soalan

Panel temuduga akan menilai aspek kejujuran dalam diri anda. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara positif, bukan jujur mendedahkan sesuatu yang negatif. Dengan itu, elakkan berbohong, ia lebih selamat dan bermoral.

7. Bersifat Pasif Semasa Temuduga

Anda seharusnya mewujudkan elemen interaksi dan komukasi dalam diri. Terdapat calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga berjalan. Jangan jadi “sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab”.

8. Tidur Lewat Pada Malam sebelum Temuduga

Tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang temuduga pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal ‘bergelut’ menahan ‘asakan’ soalan dari panel temuduga.

9. Tidak Tahu tentang Isu Semasa

Panel temuduga mungkin bertanya pendapat anda tentang beberapa isu semasa. Terdapat calon yang tidak tahu langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am mereka amat rendah. Anda disarankan membaca akhbar tempatan sebelum ke tempat temuduga.

10. Tidak Tahu Mengenai Temuduga yang Dihadiri

Menghadiri temuduga tanpa mengetahui perihal temuduga yang dijalankan merupakan satu kelalaian yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini akan menunjukkan anda tidak serius dan tidak komited dengan apa yang dipohon. Panel temuduga secara langsung akan mengesyaki sikap buruk ini. Mereka berkemungkinan besar tidak akan memilih anda. Untuk apa jika anda sendiri tidak mahu?

 

cc

Anda mungkin tertanya-tertanya apa lagi sebab ramai gagal sesi temuduga. Saya pernah baca [ninja-popup ID=125]e-book ini [/ninja-popup] dan saya kira ia mungkin dapat membantu anda lulus temuduga dengan cemerlang. Terima kasih kerana membaca 10 sebab ramai gagal sesi temuduga.

 

[su_note]Baca selanjutnya: Rahsia Bijak Temuduga – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Temuduga Kerja[/su_note]

Filed Under: Persediaan Temuduga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran