Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Mari kami bercerita mengenai Review Rahsia Resume Kerja. Buat masa sekarang, masalah pekerjaan antara masalah yang semakin meruncing di kalangan anak-anak muda di Malaysia. Sekarang, bukan senang nak dapat pekerjaan walaupun anda memiliki segulung ijazah daripada Universiti dari luar negara sekalipun!
Ya, benar! Saingan untuk mendapat kerja semakin sengit! Tak seperti dahulu. Dahulu, masuk universiti sahaja dah pasti akan memperolehi kerja sebaik saja menamatkan pengajian. Malah belum tamat di tahun akhir sudah ada tawaran pekerjaan yang datang.. Itu dulu….
Sekarang sudah jauh berbeza! Masuk universiti belum tentu menjamin pekerjaan buat anda. Setiap tahun, berapa ramai yang menamatkan pengajian dari universiti?
Sudah tentu ramai bukan?
Ya, berpuluh ribu, malah ratusan ribu yang menamatkan pengajian pada setiap tahun dan mereka juga turut mencari kerja bersama-sama anda. Semua orang mencari kerja selepas tamat pengajian mereka. Sudah tentu mereka mahukan kerja yang setaraf dengan kelayakan mereka….
Sudah tentu anda bermimpi ngeri membayangkan persaingan yang bakal anda hadapi. Bukan seorang yang anda hadapi, tapi ribuan orang. Semuanya mahukan kerja yang anda inginkan. 1000 orang berebut-rebut 1 kekosongan jawatan sahaja! Susah benar nak dapat kerja…
Ya, susah sangat! Penat sahaja belajar tinggi-tinggi jika kerja yang diidamkan tidak berjaya diperolehi. Semua orang ada kerjaya idaman mereka. Jika tidak, tiada sebab mereka menyambung pelajaran mereka di universiti. Sudah pasti impian mereka hanya satu – iaitu mendapat kerjaya pilihan mereka.
Kerja yang mereka minati…
Sungguh kasihan. Tiada siapa yang mampu membantu mereka. Bagaimana nak buat? Lepasan universiti semakin ramai, tapi kekosongan pekerjaan semakin berkurang. Maka tak hairanlah ramai yang menjadi “penganggur”…Siapa yang suka menjadi penganggur? Anda suka? Tahukah anda bahawa penganggur sering dikaitkan dengan…
- Penghabis wang ringgit ibu bapa. Kesimpulannya – menyusahkan orang tua!
- Mampu terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah seperti dadah, rempit, bohsia bohjan, dll.
- Menjadi manusia yang pemalas, mudah berputus asa, suka menyalahkan diri sendiri. Bahaya..!!!
- Jika tak buat jahat pun, akan dituduh oleh jiran-jiran lakukannya. Terutamanya bila ada apa-apa kes.
- Nak meminang anak orang pun tak lepas. ye la kan, siapa sanggup nak berikan anak mereka pada anda yang bergelar “PENANAM ANGGUR”…
Siapa yang SESUAI untuk mendapatkan Ebook Rahsia Resume Kerja ini?
- Baru sahaja habis belajar (baru grad/baru habis SPM) tapi tak tahu bagaimana nak mencari kerja? Almaklumlah, masih baru dalam ‘dunia baru’ yang pastinya masih tercari-cari pekerjaan untuk menyara kehidupan anda selepas alam belajar. Ibu bapa tak akan berikan anda wang saku lagi kerana sudah tiba masanya untuk anda mencari wang saku sendiri.
- Sudah berpuluh-puluh kali mencari kerja tapi tak dapat-dapat? Memang kesian! Dan pelik juga. Berpuluh kali mencari kerja tapi tak dapat? Something wrong ni. Sudah pasti ilmu mencari kerja anda sangat cetek lagi…
- Sedang mencari kerja baru? Kerja lama gaji kecil? Tak suka dengan bos? Bos suka marah-marah? Kerja lewat malam gaji tak seberapa? Sudah tentu anda inginkan pekerjaan baru yang pastinya diharapkan dapat memenuhi keinginan dan keperluan anda.
Ya… kami tahu kerisauan anda. Kami tahu apa yang anda inginkan. Kami tahu anda sememangnya memerlukan bantuan kami. Sebelum kami melangkah memulakan bicara…Lihat situasi PANAS yang sedang berlaku di Malaysia. Anda perhatikan betul-betul…
- Statistik pencari kerja di Malaysia menunjukkan daripada 200 orang yang memohon kerja hanya 45% sahaja yang berjaya dipanggil temuduga dan kurang separuhdaripadanya berjaya mendapat kerja. Mana pergi yang lain? Ini sangat membimbangkan…
- Ramai orang mintak kerja berkali-kali tapi tak pernah dapat…Di mana silapnya? Adakah pencapaian tak bagus? Yang hairannya pencapaian bagus pun tak dapat kerja juga…Zaman betul-betul sudah berubah!
- Lepasan graduan pada alaf baru ni TERLALU ramai…yelah banyak sekarang ni orang pandai-pandai…tiap-tiap tahun, beribu-ribu lepasan graduan di IPT dihasilkan…. tapi kerja yang ditawarkan terhad. Pasti anda kena bersaing.
- Ramai graduan terpaksa “menanam anggur” di rumah walaupun percapaian baik…Mengapa ini berlaku???Ramai yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya, CGPA 3.99, dapat anugerah dekan tiap-tiap semester tetapi masih gagal dapat kerja. Semuanya cemerlang, apa yang tak kena lagi ni???
- “Eh…anak makcik Limah tu bukannya pandai ker? Dari sekolah sampai Universiti dapat keputusan cemerlang. Anugerah sana…anugerah sini dia dapat tapi bila dah habis belajar ni kenapa dia tak keje?”Tahukah anda ramai bekas graduan yang gagal dapat kerja…termasuklah anak makcik Limah yang pandai tu. Apakah puncanya???
Sebelum kami teruskan lagi, cuba anda renung-renungkan “Hal Biasa” yang terjadi di dalam masyarakat kita sekarang, mungkin juga anda?
- Semasa anda belajar, anda banyak pakai duit mak ayah. Kasihan betul pada mak ayah. Walaupun tiada duit, sanggup berhempas pulas kirim duit pada anda. Tak pernah sedikit pun mereka mengeluh tiada duit. Jasa mereka perlu anda balas dengan dapat kerja yang baik. Anda perlu bekerja untuk bantu mak ayah anda. Kerja susah nak dapat sekarang ni…jika tak kena gaya menganggurlah anda jawapnya…Ingat susahnya ibubapa kita.
- Belum habis belajar lagi anda dah berhutang RM berpuluh-puluh ribu. Tambah hutang PTPTN, hutang MARA, hutang FAMA (Father Mother)…dan hutang sana sikit, sini sikit dah berpuluh-puluh ribu jadinya…kerja tak dapat lagi tapi anda dah kena fikir hutang-piutang ni. Betul-betul merungsingkan…Belajar untuk dapat kerja, nak tambah duit…Tapi kita hutang berpuluh-puluh ribu pula!
- Semasa di U, anda dah bercinta, kemudian bila habis belajar anda rancang nak kawin. Sebelum ni, anda yakin anda boleh dapat kerja untuk tampung kos kawin…tapi sekarang baru anda sedar susah benar nak dapat kerja ni…temuduga pulak susahnya ya AMAT…Sangat menakutkan. Nak kawin macam mana jika tiada kerja?
- Orang lain dah pakai kereta anda masih lagi pakai motosikal…bukan tak bagus pakai motor ni …tapi keselamatan anda sentiasa berisiko TINGGI. Anda dah cuba minta kerja untuk upgrade taraf hidup anda tapi anda sentiasa gagal…Apakah puncanya??? Bila nak berubah ni?
- Anda ada niat murni nak sedekah duit kepada anak-anak yatim, rumah kebajikan dan saudara-mara anda yang susah…semuanya perlukan duit..Anda perlu kerja untuk bantu mereka. Niat anda memang murni, tapi anda masih tak dapat kerja lagi walaupun dah berkali-kali mohon kerja…dekat mana silap tu??? Nak tolong orang, tapi diri sendiri tak dapat nak ditolong.
Ya, itulah yang sentiasa berlaku pada diri kita. Jika difikirkan sangat, memang lemah semangat dibuatnya..Belum lagi isu pengangguran yang hebat diperkatakan di akhbar-akhbar dan juga media massa. Hari-hari cerita pasal pengangguran.
Isu pengangguran yang sering dibincangkan di akhbar-akhbar tempatan menunjukkan, makin hari, bilangan pengangguran khususnya daripada graduan lebih meningkat.
- Mencari kabel (orang dalam/merasuah) untuk mendapat kerja. Kebanyakan yang guna kabel ni hasil kerjanya kurang memberangsangkan… Silap langkah kena buang kerja lah jawabnya.
- Berniaga sendiri?…modal pun tak ada. Bisnes kecil-kecil pun perlu modal. Silap langkah hangus modal anda.
- Jadi tukang sapu? “Eh mana boleh…saya ada Ijazah”. Penat-penat belajar tinggi
- Minta duit pada mak ayah…sekali dua tak mengapalah. Kalau tiap-tiap bulan minta duit pokailah mak ayah. Dari kecil sampai besar mereka besarkan anda, bila dah besar giliran anda pula bagi duit pada mereka. Takkan masih mintak duit pada mak ayah lagi…
- Buat Loan Bank? Pasti tak lepas punya. Slip gaji tak ada, akaun simpanan pula zero dah pasti tak lulus. Lagipun, loan nak buat apa? Nak buat hidup makin susah?
Ya… Kami faham bahawa hakikatnya, untuk mendapat kerja, anda tak perlu lalui semua kesusahan itu! Setiap masalah yang ada di dunia ini, ada jalan penyelesaiannya. Sebenarnya ada satu rahsia sahaja yang patut anda ketahui.
Jadi, anda tak perlu untuk melakukan perkara-perkara ini:-
- Bersusah payah cari kabel
- Rasuah-merasuah orang untuk dapat kerja
- Merayu dekat YB mintak sokongan
- Baca buku temuduga sampai berpuluh-puluh buku
Hari ini, untuk mendapatkan kerja, kita mestilah mempersembahkan resume kepada majikan kita.
Kita YAKIN Kita SERBA TAHU
Mengapa resume?
Resume juga sebenarnya secara tidak langsung mencerminkan peribadi kita kepada majikan. Majikan dapat melihat gambaran awal sikap kita melalui resume yang kita hantar kepada mereka.
Ramai orang menganggap mereka TAHU untuk menulis resume, Tapi hakikatnya, lebih 90% daripada mereka sebenarnya tak tahu untuk menulis resume yang baik yang juga memikat majikan.
- Mereka cari dari internet malangnya kebanyakannya berbahasa Inggeris. Biasanya contoh resume yang dipaparkan di internet hanya menceritakan fakta umum sahaja dan tak mesti sesuai dengan mereka.
- Mereka pinjam resume kawan yang dah berjaya dapat kerja tapi mereka lupa, adakah resume tu sesuai dengan kerja yang mereka minta?
- Mereka upah orang tolong tulis resume untuk mereka.
- “Saya dapat CGPA 3.99 kompomlah saya dapat kerja”- (mereka berkata sebegitu) Mereka tahu ke betapa ramai mereka yang mencapai CGPA 3.5 ke atas tapi masih gagal dapatkan kerja?
- Mereka mencuba lagi mendownload contoh-contoh resume yang ada di internet. Banyak betul resume yang mereka download hingga mereka keliru resume yang mana satu yang sesuai dengan mereka.
Selain kejayaan segulung ijazah, anda juga perlu memilik skil kemahiran lain sebelum anda mendapat kerja yang HEBAT dan gaji yang LUMAYAN, seperti :
- “Teknik penulisan resume yang baik”
- Gaya dan penampilan diri anda yang menarik
- Cara pemakaian semasa sesi temuduga
- Etika menjawab soalan temuduga
- Skil komunikasi anda yang meyakinkan
“YA” anda WAJIB mengetahui teknik-teknik penulisan resume yang baik dan mempunyai ciri-ciri memikat bakal majikan anda. Tanpa elemen-elemen yang kami kongsikan ini, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk memikat bakal majikan anda seterusnya gagal mendapat pekerjaan yang anda idam-idamkan.
Rugi rasanya jika anda mendapat CGPA 3.99 sekalipun, anugerah dekan tiap-tiap semester sekalipun tetapi tanpa pengetahuan tentang teknik penulisan resume yang baik anda boleh dikatakan GAGAL dalam proses pencarian kerja.
Apa yang anda harapkan setelah tamat pengajian adalah mendapat kerja yang HEBAT, gaji yang lumayan dan seterusnya membawa kepada kehidupan yang selesa dikemudian hari. Ok…atas sebab itu, anda SANGAT MEMERLUKAN ebook Rahsia Resume Kerja ini sebenarnya!
Bagaimana ebook RRK dapat Membantu Anda?
Ebook ini akan mendedahkan teknikyang berguna dalam penulisan resume ini:
- Dihasilkan berdasarkan kajian daripada buku-buku resume terbaik di DUNIA. Untuk menghasilkan yang terbaik, sudah pastilah dari sumber yang terbaik. Kami di Tim Infokerjaya mengkajinya untuk anda.
- Teknik ini telah digunapakai oleh ramai calon yang mencari kerja di serata dunia dan mereka telah berjaya! Cara untuk berjaya dengan cepat adalah meniru orang yang dah berjaya.
- Terbukti berkesan dan dapat membantu ramai orang dalam mencari pekerjaan termasuklah anda (jika anda membacanya nanti).
- Dibongkarkan dengan bahasa paling mudah untuk membantu anda menghasilkan resume yang terbaik. Ditulis dalam Bahasa Melayu dan dengan gaya santai…mudah untuk anda fahami.
Apa Manfaat yang Anda Perolehi Setelah Membeli ebook RKK?
- Anda akan mengetahui bagaimana proses-proses penapisan resume dilakukan yang mungkin anda tak pernah hiraukan pun sebelum ni. Dengan ketahuinya, peluang anda untuk berjaya semakin cerah.
- Ketahui teknik meletak gambar dan grafik dalam resume anda yang menjadi daya tarikan hati bakal majikan anda – Teknik ini akan menceriakan resume anda. Resume yang ceria bakal memikat bakal majikan anda.
- Ketahui juga bagaimana menulis resume 99% berjaya dipanggil ke temuduga? – anda akan dibongkarkan dengan RAHSIA 7 teknik memikat bakal majikan anda yang WAJIB anda tahu sebelum mula menulis resume. Tiada sebab lagi tak dipanggil temuduga.
- Teknik penulisan _________ yang SANGAT-SANGAT disyorkan kepada anda. Anda pasti puas hati nanti selepas mengetahuinya. Anda akan mengetahui bagaimana pemikiran seorang ______ terhadap resume anda. Bila dah tahu mudah untuk anda tackle hati bakal majikan. Ini antara teknik pukau yang sangat hebat!
- Ketahui pencapaian dibawah CGPA 2.50 pun mampu memikat bakal majikan anda dan mampu meraih kerja yang HEBAT! Anda akan dibongkarkan mengenai rahsia-rahsia ini dan anda pasti akan berkata “Kenapa la dari dulu saya tak tahu…”
- Anda didedahkan dengan 10 perkara tersangat penting yang perlu ada di dalam resume anda. Point penting yang kritikal yang dijamin membantu anda.
- Pendedahan SULIT dengan hanya satu gambar pada resume mampu mengunci hati bakal majikan anda. Bagaimana tu? Anda akan didedahkan..
- Anda dibongkarkan lagi dengan teknik pemilihan alamat dan e-mail anda yang kadang-kadang anda tak sedar pun kepentingannya – pengetahuan anda tentang teknik ini akan meyakinkan bakal majikan terhadap diri anda dan membuka peluang untuk anda dipilih bekerja.
- Ketahui beberapa ________ yang mampu mengunci ________ penapis resume.Penapis resume? Apa tu? Anda tak tahu? Usah risau. Level ini yang patut anda lepas dulu nanti.
- Dengan hanya anda menulis satu hobi seperti _______ dapat menaikkan saham diri anda dan keyakinan bakal majikan kepada anda (ada peluang dapat kerja ni). Ini antara secret yang digunakan oleh mereka-mereka yang hebat.
- Anda dibongkarkan lagi siapakah yang paling sesuai untuk dijadikan _______ dalam resume anda – salah pilih mungkin resume anda tidak bermakna bagi bakal majikan anda. Tiada kekeliruan lagi selepas ini.
- Teknik penulisan _______ , penggunaan _______, ________ dan _______ serta _______ mampu menaikkan AURA resume anda. Ramai orang tak tahu.
- Anda didedahkan dengan 2 elemen paling penting sebelum menghantar resume dan setelah menghantar resume – Ramai calon yang ambil endah tak endah jer elemen ni…Majoriti faktor kegagalan anda berpunca disini –Sila ambil berat!!!
- Dan banyak lagi maklumat-maklumat gaya pemikiran majikan didedahkan.
Anda Tahu, ebook Resume Kerja Ada Kekurangannya Juga.
Ya! Ebook ini ada kekurangannya. Ebook amat-amat tak sesuai jika anda:-
- sudah pasti mendapat kerja tanpa menulis resume atau anda memang ada kabel besar untuk dapatkan kerja.
- percaya dengan CGPA 3.99 itu pasti memberikan kerja yang anda idamkan. Tak perlu resume pun.
- HEBAT meniru resume orang lain dan tiada masalah untuk hasilkan resume yang terbaik.
- sudah PENUH dengan ilmu-ilmu penulisan resume peringkat tertinggi.
Anda juga akan dapat Bonus berikut !
Soal Jawab Spesifik Resume ini telah dimuatkan dengan 20 soalan yang boleh disoal oleh panel temuduga tentang isi kandungan resume anda (semasa temuduga kebiasaannya panel akan memegang resume anda dan menyoal soalan yang berkaitan dengan resume anda).
Kami sediakan contoh jawapan yang bersesuaian dengan soalan yang ditanya oleh panel temuduga. Jawapan juga disediakan dengan ayat yang mudah dan beberapa point penting memikat hati mereka.
Ini menarik! Kami muatkan Nota Tambahan yang menerangkan fungsi soalan-soalan yang ditanya (iyerlah bila dah tahu fungsinya mudah bagi anda memberikan jawapan tambahan kepada panel dengan spontan tanpa perlu menghafal jawapan) – Terlalu bahaya jika menghafal kerana apabila anda gementar boleh hilang kesemuanya apa yang anda telah hafal.
Anda bakal lihat nanti faktor-faktor yang membantu calon temuduga beri jawapan professional dan meyakinkan. Semua faktor ini menjadikan anda berfikiran matang semasa menjawab soalan dan berkebolehan untuk mencairkan hati bakal majikan. Peluang besar untuk dipilih bekerja ni…
Apa Lagi yang Anda akan Dapat?
Ya…dengan adanya ‘Resume Kick Start’ ini anda tak perlu meraba-raba lagi mencari maklumat kerana kami telah mengumpulkan semuanya untuk anda. Jimat masa anda!
Komponen 1: Cover Letter Sukses
Komponen ini memuatkan 3 contoh surat iringan atau “Cover Letter”. Dimana Cover Letter ini hasil penulisan beberapa calon yang telah berjaya mendapat kerja yang HEBAT. Kami jamin ia membantu anda.
Dengan Cover letter yang baik ia tidak mustahil untuk membantu anda berjaya dalam menjawat jawatan dengan gaji pertama mencecah ribuan ringgit.
Komponen ini dapat memberi idea kepada anda bagaimana menyediakan Cover Letter yang baik. Contoh-contoh ini bakal menjadi rujukan pantas anda bagaimana mencipta isi kandungan Cover Letter yang berkesan.
Komponen 2: Resume Lima Angka
Komponen ini memberi anda contoh-contoh resume terpilih dan yang telah terbukti berjaya mendapat kerja yang hebat, gaji mereka yang lumayan dan yang penting kerja yang halal!
Mereka bergembira dengan gaji yang lumayan menjangkau 5 ANGKA setahun. Menyandang jawatan-jawatan yang hebat dan popular di dunia pekerjaan.
Komponen ini memuatkan 4 contoh resume mereka yang telah berjaya mendapat kerja yang hebat di pasaran. Anda teliti resume mereka dan jadikan sebagai rujukan case study anda dalam mencipta resume anda sendiri.
Jika mereka boleh, jangan bazirkan masa anda lagi. Buktikan anda juga boleh berjaya. Komponen ini amat bernilai!
Komponen 3: Template Resume Pasang Siap
Ini berita baik untuk anda! Template inilah yang dicari-cari oleh mereka diluar sana bagi memudahkan mereka mencipta resume dengan kemas dan cantik.
Bukan itu sahaja! Ia membantu anda memasukkan perkara yang penting sahaja tanpa buatkan resume anda menjadi panjang berjela-jela.
Resume panjang dan meleret-leret isi kandungannya – itu petanda kurang baik. Bahaya untuk anda yang ingin mencari pekerjaan pertama.
Kami muatkan dengan 10 Template design yang berbeza-beza. Tak perlu pening-pening lagi. Anda pilih dan isikan maklumat diri anda. Ya..itu sahaja. Mudah dan pantas!
Disediakan dalam format Microsoft Word. Anda boleh masukkan maklumat ke dalam template ini dengan mudah menggunakan Microsoft Office Word sahaja.
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Ebook ini Sekarang?
- Anda mungkin tiada masa lagi untuk mencari resume-resume yang hebat di internet (yang mungkin tak sesuai pun dengan anda). Siapkan diri untuk mendapatkan kerja, bukannya mencari info yang belum tentu berguna.
- Sukar untuk anda dapatkan teknik-teknik RAHSIA ini di kedai-kedai buku biasa kerana ia hasil daripada kajian terperinci. Kami jamin anda tidak akan jumpa rahsia yang sama seperti yang terkandung dalam ebook ini.
- Kami akan tarik tawaran diskaun yang HEBAT ini pada bila-bila masa sahaja – dapatkan sekarang sebelum tawaran ini ditarik balik. Kami tahu ianya lebih bernilai dari apa yang bakal anda laburkan.
- Benar-benar membantu anda dalam penulisan resume…penulisan resume gaya pemikiran majikan diDEDAHkan kepada anda bagi memikat hati bakal majikan anda. Apabila hati sudah terpikat, mudah untuk anda dipilih ke peringkat temuduga.
Jom Lihat, Apa Kata ‘Mereka’?
Berikut kami sediakan testimonial daripada beberapa orang yang telah mendapatkan ebook ini.
Kesimpulan
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan segera ebook Rahsia Resume Kerjaya kerana kami jamin anda tidak akan menyesal. Ebook yang berguna ini akan memberikan panduan yang betul, cara sebenar menulis resume.
Bukan sekadar menulis resume sahaja, sebaliknya bagaimana untuk anda tackle majikan anda melalui penulisan resume anda.
Bagaimana menaikkan kredibiliti anda di mata majikan walaupun CGPA anda biasa-biasa sahaja.
Jadi, usah berfikir lagi. Berfikir terlalu lama tanpa tindakan tidak mendatangkan apa-apa hasil. Dapatkan pakej rujukan temuduga ini sekarang.
Anda berada di ruangan betul pada masa yang tepat. Ini bermakna anda benar-benar serius untuk berjaya dalam pencarian kerjaya anda. Lakukan persediaan anda hari ini. Di saat mereka yang lain masih tercari-cari panduan persediaan lengkap seperti ini, anda telah pun sampai disini.
Leave a Reply