Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat ini kami buat dengan tujuan membantu anda semua khususnya anda yang sangat berminat membina kerjaya sebagai jururawat.
Sebenarnya, sangat penting untuk anda tahu Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat ini bagi memberi maklumat yang lengkap dan meliputi keseluruhan maklumat yang berkaitan dengan bidang kejururawatan.
Jadi, teruskan membaca artikel ini bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan kerjaya sebagai seorang jururawat.
Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat.
Kerjaya jururawat kini adalah kerjaya yang diburu ramai orang terutamanya bagi calon lepasan SPM dan diploma. Berdasarkan apa yang anda dapat lihat, pusat institusi kejururawatan makin banyak didirikan bagi menampung permintaan yang kian meningkat bukan saja di sektor kerajaan malah di sektor swasta juga.
Jika dulu kita lihat ramai orang berebut-rebut masuk ke universiti nak capai lulusan tertinggi supaya dapat mohon kerja yang baik dan dapat gaji bulanan yang lumayan. Kini, dengan berbekalkan sijil SPM iaitu kelayakan yang terendah sekali untuk kerjaya jururawat dah mampu mencapai gaji yang lumayan. Di samping lumayan, kerjaya jururawat ni juga satu kerjaya yang sangat murni.
Anda tahu, permintaan jururawat makin tinggi setiap tahun tapi jumlah calon yang memohon juga sangat banyak. Anda bersaing dengan ramai orang, tambahan lagi jika anda nak mohon kerjaya jururawat ini dengan menggunakan sijil SPM anda. Cuba anda perhatikan dengan teliti data di bawah :
Kelebihan Kerjaya Jururawat
- Kenaikan Gaji Setiap Tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam. - Imbuhan Tetap Khidmat Awam
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara. - Elaun Sara Hidup (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja? - Imbuhan Tetap Perumahan
Anda juga diberikan sewa rumah bagi yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. Bagi anda yang berkhidmat di Sabah & Sarawak, anda diberi elaun perumahan wilayah yang lebih tinggi daripada elaun sewa rumah. - Elaun Kerja Lebih Masa
Ini peluang anda untuk berkhidmat lebih masa. Anda dibayar mengikut lebihan masa anda bekerja. Ini kerana banyak hospital utama kerajaan menawarkan perkhidmatan 24 jam 7 hari seminggu. - Kelayakan Cuti Tahunan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat. - Tuntutan Perjalanan
Anda diarahkan menghadiri program atau kursus yang dianjurkan semasa bekerja? Ya anda boleh membuat tuntutan perjalanan pergi dan balik serta alaun makan, penginapan untuk tujuan kerja. Semuanya dibayar balik kepada anda. - Kemudahan Pinjaman Komputer dan Kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya. - Pinjaman Perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.
Modul Apa yang Ada
- Anda didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab seorang jururawat. Apa itu tugasan _____ dan Apa itu tugasan _____ bagi seorang jururawat. Ini penting untuk maklumat awal anda sebelum hari temuduga kelak.
- Dengan adanya _______ organisi pada muka surat 18, anda bakal tahu kedudukan tahap seorang jururawat dalam sesebuah organisasi. Ini penting untuk anda tahu daripada siapa arahan diterima dan kepada siapa arahan harus diberikan.
- Ya ada lagi… 5 KELEBIHAN sebagai seorang jururawat diterangkan sebagai ganjaran kepada anda yang bergelar jururawat. Wahh ini kena baca ni….ini yang dikatakan lumayan!
- Menjadi jururawat bukan hanya lumayan sahaja, anda harus pertingkatkan persediaan mental anda dengan lebih kuat. Di dalam ebook ini, dimuatkan mentaliti yang perlu ada bagi seorang jururawat.
Untuk Siapa ebook Ini?
Anda lepasan SPM atau Diploma Kejururawatan dan smemang bersungguh-sungguh untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan?
Anda WAJIB mendapatkan ebook ini sebagai panduan anda untuk menghadapi ujian dan persediaan ditemuduga kelak.
Bagaimana ebook Ini bakal Membantu Anda?
- Ebook ini akan memberikan maklumat yang cukup kepada anda, apa kerjaya jururawat ini sebenarnya?
- Menjelaskan kepada anda, bagaimana nak mula menjadi seorang jururawat?
- Bagaimana nak tahu kerjaya ini amat menyeronokkan?
- Apa persediaan yang perlu buat sekarang?
- Bagaimana nak tarik penemuduga bagi memilih anda sebagai calon yang layak?
- Keboleh saingan anda dengan orang ramai lain yang turut sama memohon
Pakej Lengkap Kerjaya Jururawat
Komponen 1: Permohonan Jururawat : Khas Untuk Lepasan SPM
Anda ada kelulusan SPM? Anda baru sahaja mendapat keputusan SPM? atau anda mahu kerja tetap dengan sijil SPM anda? Ya…jika anda mempunyai sijil SPM, anda layak memohon kerjaya lumayan sebagai seorang jururawat.
Ebook ini menerangkan bagaimana memohon kerjaya jururawat di sektor kerajaan langkah demi langkah. Anda dibantu dengan gambar rajah bagi mengisi borang permohonan secara online di portal SPA dengan lengkap.
Anda harus ingat, jangan ambil mudah proses mengisi borang secara online ini kerana ramai yang terkandas tidak berjaya dipanggil ke temuduga jururawat adalah disebabkan borang mereka tidak lengkap dan pelbagai masalah lain.
Buka ebook ini dan ikut satu per satu supaya anda tidak ketinggalan mengisi ruangan yang wajib diisi. Gagal mengisi borang bermakna anda gagal menjadi seorang jururawat di sektor kerajaan ini. Ebook ini sangat penting!
Komponen 2: Permohonan Jururawat : Khas Untuk Lepasan Diploma
Jika anda mempunyai kelulusan Diploma, ebook ini untuk anda sebagai panduan mengisi borang secara online di portal SPA.
Ya….ia seperti anda mengisi borang bagi anda yang mempunyai kelulusan SPM. Ebook ini lebih khusus kepada anda yang mempunyai diploma. Ikuti satu per satu supaya anda tidak ketinggalan maklumat penting.
Sekali lagi kami ingatkan “Gagal mengisi borang bermakna anda gagal menjadi seorang jururawat di sektor kerajaan”. Ini menunjukkan betapa pentingnya mengisi borang dengan betul supaya permohonan anda tidak ada sebarang masalah.
Ucapkan selamat tinggal kepada sesi temuduga jururawat jika borang anda tidak lengkap. Fokus betul-betul!
Komponen 3:Permohonan Jururawat : Mudahnya Memohon Di Hospital Swasta
Anda kurang berminat untuk berkhidmat sebagai jururawat di sektor kerajaan? Tak mengapa, di sektor manapun anda sebagai jururawat, kerjaya anda tetap murni dan lumayan.
Ebook ini memberi panduan kepada anda memohon kerjaya jururawat di hospital swasta. Jika permohonan jururawat kerajaan perlu mengisi borang permohonan di portal SPA, bagi jururawat swasta sedikit berbeza.
Anda diberikan beberapa tip berkesan sebelum memohon di hospital swasta. Tip yang sangat berguna kepada anda jika anda serius untuk berkhidmat di hospital swasta. Jangan ambil mudah yang ini ya!
Apa yang lebih menarik, anda diberikan senarai hospital swasta di seluruh negeri bagi memudahkan anda memohon terus kepada hospital yang berdekatan tempat anda. Apa lagi….jika hospital swasta pilihan anda, dapatkan ebook ini secepat mungkin.
Tunggu! Anda Sudah Buat Persediaan untuk Temuduga? Belum?
Tim InfoKerjaya juga menyediakan BONUS ini.
1- Panduan Pantas : Penulisan Resume
Selepas anda berjaya dalam permohonan jururawat, anda akan dipanggil hadir ke sesi temuduga. Sesi ini memerlukan anda membawa resume lengkap yang mengandungi maklumat diri anda.
Persoalannya, maklumat apa yang perlu anda masukkan dalam resume nanti? Usah risau, di dalam ebook ini kami dedahkan 17 komponen penting yang wajib ada dalam resume anda. Jangan masukkan maklumat yang tak perlu pula, nanti sesak resume anda dibuatnya.
Resume yang lemah akan meruntuhkan pandangan panel temuduga kepada anda nanti. Jadi, untuk buat anda lebih berhati-hati, kami muatkan ciri-ciri resume yang lemah di dalamnya. Jangan tak baca pula ye…
Jangan lupa sertakan sekali ___________ bersama resume anda. Ini banyak orang yang lupa ni!
Akhir sekali, kami sedia contoh resume untuk rujukan anda supaya mudah untuk anda tulis resume anda sendiri nanti. Buat panduan saja tau jangan tiru bulat-bulat!
2- Temuduga Jururawat : Persediaan Penting Buat Bakal Jururawat
Komponen ini sangat berguna untuk persiapan temuduga jururawat anda. Diterangkan secara berperingkat iaitusebelum temuduga, semasa temuduga dan selepastemuduga. Menarik dan mudah untuk anda fokus mana satu persediaan yang perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan.
Yang lebih menarik, anda didedahkan dengan 8 perkara yang dinilai oleh panel temuduga. Apa lagi, catitkan semua perkara ni dan tonjolkan semasa hari temuduga nanti. Anda pasti boleh!
Lagi…anda diterangkan juga cara menjawab soalantemuduga dan cara menjaga bahasa badan anda semasa berhadapan dengan panel temuduga nanti. Silap intonasi suara anda, silap bahasa badan anda, mereka ingatkan anda bosan pula nanti. Hati-hati ye…
Anda juga dibekalkan dengan amalan sebelum tiba hari temuduga seperti doa-doa dan amalan solat sunat bagi yang beragama Islam. Ya…semuanya lengkap untuk anda!
3- 29 Soalan Spesifik: Temuduga Jururawat
Ini lebih menarik! Ramai calon temuduga risaukan soalan apa yang bakal ditanya nanti. Ada yang berpeluh-peluh menghafal jawapan bagi soalan temuduga yang mereka cari di internet.
Usah berpeluh, usah risau. Lain temuduga lain soalannya. Bagi temuduga jururawat, calon temuduga diberikan soalan lebih berkisarkan tentang kejururawatan, kesihatan dan sebagainya lagi.
Dalam ebook ini, kami sediakan kepada anda 29 soalan spesifik khas untuk temuduga jururawat. Soalan-soalan ini dirujuk sendiri oleh bekas panel temuduga jururawat. Oh ya, jawapan juga disediakan. Jadi, ini buatkan anda lebih fokus dan dapat mencari maklumat tentang soalan yang berkaitan lebih awal sebelum hari temuduga.
Ini tak bermakna kesemuanya akan ditanya dalam temuduga nanti. Anda lihat soalan dan jawapan dalam ebook ini dan study betul-betul buat persediaan anda. Dalam kesemua soalan ini, pasti ada soalan yang diulang tanya kembali. Jika study ebook ni…untunglah anda!
Leave a Reply