• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Penulisan Resume / Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

oleh admin Leave a Comment

Resume yang bagus menarik perhatian di awal penulisan. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara menulis resume yang bagus dan menangkap perhatian bakal majikan. Baca lagi untuk tahu cara menulis resume yang bagus.

Ingat! 15-20 perkataan pertama sangat penting

Pertama sekali anda mesti tahu, 15-20 perkataan pertama sangat penting. Ini sahaja panjang perkataan yang mampu menarik perhatian pegawai pengambilan. Jika mereka tertarik dengan resume anda, mereka akan berminat untuk meneliti keseluruhan resume kerja anda.

Jadi, mula tulis resume anda dengan rumusan pengalaman kerja yang sangat ringkas. Jangan risau, anda boleh pamerkan lagi panjang di seksyen lain. Tapi untuk bahagian ini, pastikan ia ringkas dan padat.

Macam mana nak ringkaskan? Apa yang nak ditonjolkan?

Ok, anda mesti pastikan yang pendahuluan rumusan anda dapat memberi tanggapan kepada majikan bahwa anda ada apa yang diperlukan oleh jawatan tersebut. Ia sepatutnya ada penerangan atau nama pekerjaan seperti “Pakar Sekuriti Maklumat yang…”. Pastikan ia bersesuaian dengan keperluan syarikat.

Ada beberapa contoh yang anda boleh lihat;

1. “25 tahun pengalaman sebagai eksekutif penjagaan kesihatan…”

2. “Eksekutif strategi dan pembangunan perniagaan dengan pengalaman yang banyak dalam mereka bentuk, memimpin dan melaksanakan perkembangan korporat dan usaha penyelerasan semula.”

Pastikan anda tidak menulis ayat klise. Ayat-ayat basi yang anda tulis itu seolah-olah memberi tanggapan kepada pembaca “Saya tiada kelebihan berbanding orang lain”

Kesimpulan…

Haaa, itu dia tulisan ringkas. Khas untuk rumusan di awal resume. Apa-apa pun kami yakin anda mesti mampu menyediakan resume kerja bahasa Melayu terbaik. Kami juga berhasrat untuk berkongsi cara menulis resume kerja bahasa Inggeris terbaik jika anda permintaan.

Terima kasih kerana membaca Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

 

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran