• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Penulisan Resume / Oh! Punca Resume Anda Ditongsampahkan

Oh! Punca Resume Anda Ditongsampahkan

oleh admin Leave a Comment

Punca Resume Anda Ditongsampahkan? Punca Resume Anda Ditongsampahkan ini dikongsikan untuk membantu calon lepas cabaran skrin pertama iaitu dihubungi oleh majikan untuk ke temuduga pertama. Banyak kesilapan yang sering berlaku dalam resume yang akan membuatkan pengurus pengambilan tak berminat untuk memanggil anda ke sesi temuduga. Ketahui lebih lanjut punca resume anda ditongsampahkan.

Ini dia dikongsikan beberapa kesilapan yang selalu berlaku dalam proses pengambilan temuduga yang menjadi Punca Resume Anda Ditongsampahkan. Kesalahan yang nampak kecil dan mudah ini sangat kerap terjadi. Hal ini akan merosakkan kewibawaan resume anda. Menjauhi dari melakukan kesalahan ini dapat memberikan anda kelebihan jauh ke hadapan dari calon yang lain.

Punca Resume Anda Ditongsampahkan

Kesilapan #1: Typo atau Kesalahan Menaip

Ini adalah kesilapan yang paling ketaradan mungkin menjadi Punca Resume Anda Ditongsampahkan. Namun, ia tetap berlaku. Mengikut survey yang dijalankan oleh CareerBuilder menunjukkan bahawa terdapat 58% resume mengandungi kesalahan menaip. Hal ini sangat bahaya kerana majikan akan fikir anda tidak mampu berhadapan dalam mengendalikan butiran yang terperinci.

Oleh itu, baca resume anda berkali-kali. Semak ayat dan perkataan dari atas ke bawah pada setiap muka surat. Kemudian, minta seseorang mengoreksikan resume tersebut untuk anda.

Kesilapan #2: Ayat Meleret

Penting untuk diingatkan bahawa tujuan penyediaan resume adalah supaya mereka menghubungi anda untuk menghadiri sesi temuduga. Bukan peranan resume untuk membuatkan pengurus pengambilan merasa takjub dengan anda dan mengatakan ‘Ya, calon ini diterima bekerja’. Ini kerana peranan tersebut dimainkan semasa sesi temuduga.

Tidak perlu ceritakan jalan hidup anda dalam resume. Resume anda sebenarnya adalah alat untuk memolehkan anda ke temuduga pertama. Sebaik sahaja anda berada di dalam ruang temuduga, resume sudah tidak penting.

Justeru, potong mana yang tidak berkaitan. Kurangkan mana yang meleret.

Kesilapan #3: Format

Anda mesti memastikan resume anda bersih, kemas serta dapat dibaca dengan baik dan mudah. Melainkan anda memohon pekerjaan sebagai pereka grafik, pelukis dan sebagainya. Gunakan kertas putih manakala tulisan berdakwat hitam. Selaraskan jarak di antara garisan dan sejajarkan kolum. Pastikan nama anda dan maklumat untuk dihubungi terdapat pada setiap muka surat.

Kemudian, paparkan ‘soft-copy’ resume anda di kedua-dua perisian Google Docs dan Word. Cuba attach-kan (lampirkan) resume tersebut ke email dan membukanya sebagai pratonton (preview). Hal ini kerana ia berkemungkinan akan pemutarbalikan perkataan di antara satu format dengan yang lain, antara perisian dengan yang lain. Menjadikan ia dalam format PDF adalah cara paling terbaik dan selamat.

Kesilapan #4: Pendedahan Maklumat Sulit

Menjadi perkara yang mustahak untuk diingatkan bahawa terdapat firma yang mempunyai polisi yang tegas berkaitan maklumat dalaman. Laporan sulit syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya didedahkan oleh seseorang. Anda mesti pertimbangkan antara keperluan syarikat lama anda (memastikan laporan rahsia syarikat dalam penjagaan) dan kehendak anda (menonjolkan kehebatan diri anda dengan mendedahkan maklumat sulit agar dipandang hebat jadi mereka akan mengambil anda sebagai pekerja).

Kesilapan #5: Pembohongan

Perkara ini amat menyedihkan. Tidak perlu menipu di dalam resume untuk menampakkan kehebatan diri anda. Tindakan ini benar-benar tidak berbaloi. Terdapat ramai calon yang mereka cerita tentang berapa lama mereka berkhidmat di suatu syarikat. Berapa besar kumpulan pekerja yang mereka pernah sertai berkhidmat bersama. Berapa hasil jualan mereka.

Terdapat 3 masalah pada pembohongan:

1. Anda akan jatuh; maklumat di internet, rujukan lepas dan mereka yang bekerja bersama-sama dengan anda di syarikat lama mampu mendedahkan segala pendustaan

2. Apabila pembohongan anda itu dibongkarkan nanti, anda akan dipecat serta-merta. Bagaimana untuk anda terangkan kejadian atau insiden ini dalam temuduga seterusnya bagi mendapatkan pekerjaan baru?

3. Kita tidak diajar oleh ibubapa untuk berkelakuan begitu

Melakukan satu sahaja dari kesilapan di atas akan menjadi punca resume anda ditongsampahkan. Jangan sesekali lakukannya jika anda mahu dipanggil ke sesi temuduga pertama.

Berita baiknya, majoriti calon melakukan kesilapan ini dalam resume mereka. Menjauhkan diri dari kesalahan di atas dapat memberikan banyak kelebihan kepada diri anda. Semoga anda semua dapat manfaat dari artikel punca resume anda ditongsampahkan.

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran