Punca Resume Dilongkangkan? Punca Resume Anda Dilongkangkan dikongsikan untuk membantu anda memperbaiki cara penulisan resume kerja. Terdapat beberapa kesilapan pada resume kerja yang mana ia menjadi punca resume anda dilongkangkan.
Ini yang anda mahukan?Kesilapan-kesilapan ini amat kritikal, sangat kerap berlaku. Dilakukan oleh calon berulang kali dan tiada usaha yang serius dalam penambahbaikan penulisan resume kerja yang lengkap.
Oleh itu, dikongsikan kepada anda 7 kesilapan utama yang kerap berlaku dalam penulisan resume. Anda perlu membaca dan cuba mengelakkan diri dari melakukan 7 kesilapan ini. Jika tidak, salah satu dari kesilapan ini akan menjadi punca resume anda ditongsampahkan atau dilongkangkan. Bukan ‘dikangkangkan‘ ye..
Antara Punca Resume Anda Dilongkangkan
#1 Copy & Paste Resume
Terdapat perbezaan yang sangat besar di antara ‘mencontohi’ dan ‘meniru’. Untuk mendapatkan ganjaran yang jelas, anda sememangnya memerlukan contoh resume lengkap untuk dicontohi. Anda perlu memerhatikan cara mereka yang sudah berjaya menerangkan butiran tentang pengalaman kerja mereka. Namun, jangan sesekali meniru untuk mengelakkan menjadi punca resume dilongkangkan.
#2 Crowded Data
Keinginan yang membuak-buak untuk diterima bekerja dalam syarikat adakalanya membuatkan anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda secepat yang mungkin. Lalu anda berfikir untuk memasukkan keseluruhan pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.
Elakkan dari melakukan kesilapan ini kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak, pastikan ia berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.
#3 Tulisan atau Font yang Fancy
Untuk memastikan yang resume anda benar-benar menarik perhatian majikan, anda mengambil inisiatif untuk meragamkan resume anda. Ini tidak perlu dan merupakan suatu kesalahan melainkan anda memohon pekerjaan sebagai pereka grafik atau artis.
Anda hanya perlu menggunakan font menurut piawaian biasa untuk resume kerja iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma. Jika tidak, resume kerja anda akan mengelirukan majikan anda. Ini akan menyebabkan punca resume anda ditongsampahkan. Siapa saja mahu membaca tulisan yang berlingkar-lingkar jika ia hanya menyakitkan mata?
#4 Guna Lebih dari 2 Warna
Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, anda hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakan seksyen dalam resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu. Tidak perlu meletakkan warna yang menyakitkan mata.
#5 Resume Umum
Kebanyakan calon menghantar resume yang sama untuk memohon kerja dari beberapa syarikat. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum. Manakala setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama. Pembaca resume tersebut juga mempunyai jenis pemikiran yang berbeza.
Jalan yang paling terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume kerja untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume lengkap yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.
#6 Surat Iringan
Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga memakan 2 hingga 3 helai kertas lalu menenggelamkan resume kerja yang dihantar.
Sebahagian daripada maklumat di dalam resume telah diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume kerja anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.
#7 Tak Faham Keperluan Jawatan
Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama. Elakkan daripada membuat andaian sendiri dan carilah sumber rujukan kerja yang dipohon dengan tepat.
Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak layak dengan kelulusan dan kemahiran anda. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja tersebut, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.
Kesimpulan
Oleh kerana resume merupakan tangga untuk anda dipanggil ke sesi temuduga kerja, anda mestilah berusaha untuk menyediakan resume yang lengkap dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.
Biarpun anda memiliki kelulusan tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh, ia bakal memberi impak kepada kerjaya anda.
Jika anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda perlu mengambil serius dengan kaedah penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti adalah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan.
Ramai rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya masing-masing telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan kepada anda untuk mendapatkan panduan menulis resume tersebut supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah demi masa depan kerjaya anda:
>> Panduan Penulisan Resume yang Betul dan disukai Majikan. <<
Leave a Reply