[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]Terlalu banyak persoalan mengenai Resume Kerja? Biar kami bantu anda menjawab satu persatu. Jangan biarkan fikiran anda kusut memikirkan mengenai resume kerja sampai menjejaskan prestasi anda semasa temuduga. Kami ingin menolong anda, kami tahu terlalu banyak persoalan mengenai resume kerja untuk diketahui oleh calon sebelum ke sesi temuduga. Tak mengapa, biar kami bantu anda menjawab satu persatu. Selamat membaca!
1. Apa itu resume?
Resume adalah wakil pengenalan diri kepada bakal majikan. Ia juga di anggap sebagai medium untuk anda mempersembahkan diri kepada bakal majikan. Melalui resume, majikan anda boleh mengetahui kelayakan akademik anda, pengalaman yang anda miliki, kemahiran yang anda ada dan beberapa maklumat yang lain. Bakal majikan biasanya akan menilai anda melalui resume sebelum memilih anda untuk di temuduga.
2. Resume perlu terdiri dari berapa muka surat?
Pada kebiasaanya, resume hanya terdiri satu muka surat sahaja. Jika lebih pun, dua muka surat. Resume yang paling baik adalah ringkas tetapi padat.
3. Adakah saya perlu menulis objektif?
Objektif bukanlah perkara yang perlu ada di dalam resume. Namun, ia boleh membantu majikan untuk mengetahui hala tuju anda ketika memohon pekerjaan.
4. Apa yang perlu saya lakukan jika saya menulis terlalu banyak maklumat di dalam resume saya?
Jika anda menulis terlalu banyak maklumat, pastikan anda menyusun maklumat dalam format yang senang untuk di baca. Gunakan font yang senang untuk di baca dan penuhkan hanya satu bahagian A4.
5. Adakah hobi dan minat perlu di masukkan ke dalam resume?
Ia tidak penting tetapi ia boleh membantu majikan untuk lebih mengenali diri anda.
6. Adakah saya perlu sertakan references atau sumber rujukan?
Anda boleh tulis jika anda mahu. Namun, anda juga boleh menulis nota kecil di bawah resume yang menyatakan anda akan member sumberi rujukan jika majikan mahukannya. Beritahu mereka untuk hubungi melalui telefon atau emel jika mereka mahukan sumber rujukan. Contoh nota kecil adalah “ References available on request “ atau “ Sumber rujukan akan di beri jika tuan perlukannya” .
7. Apa yang perlu saya tulis di dalam resume?
Anda boleh bermula dengan menulis biodata diri anda. Kemudian di ikuti dengan kelayakan akademik, pengalaman bekerja dan kemahiran yang anda ada. Masukkan juga jumlah gaji yang anda mahu. Jika ada ruang dalam kertas A4 tersebut, anda boleh tambah maklumat mengenai hobi dan minat anda. Pastikan maklumat yang di tulis adalah berbentuk padat dan ringkas.
8. Apakah perkara yang saya tidak perlu masukkan ke dalam resume?
Anda tidak perlu masukkan sebab kenapa anda berhenti bekerja, maklumat pencapaian anda di sekolah dan gambar – gambar yang tidak formal. Anda juga tidak boleh terlalu ekstremis dalam mempersembahkan diri anda kepada bakal majikan.
9. Adakah saya perlu menyertakan semua keputusan peperiksaan?
Tidak perlu. Anda hanya sertakan keputusan terkini atau terakhir sahaja.
10. Bagaimana susun atur resume saya?
Anda boleh ikut susun atur di bawah
· Heading
· Objektif atau pengenalan ringkas mengenai diri anda.
· Contact detail dan sedikit biodata diri.
· Kelayakan akademik
· Pengalaman bekerja.
· Hobi dan minat.
11. Apakah jenis kertas yang saya patut gunakan untuk print resume saya?
Dicadangkan supaya anda gunakan kertas yang berkualiti tinggi tetapi jangan gunakan kertas yang terlalu tebal.
12. Bagaimana saya ingin memastikan resume saya akan di baca oleh majikan?
Biasanya, resume tidak akan di baca tetapi hanya akan di scan oleh pihak majikan. Anda perlu pastikan resume anda berada dalam
· Keadaan yang senang untuk di baca sepintas lalu.
· Jangan masukkan maklumat yang tidak penting atau tiada kaitan.
· Susun maklumat dengan baik supaya pihak majikan dapat mengenal pasti kelebihan anda dengan sekali baca sahaja.
13. Adakah saya perlu ada lebih dari satu resume?
Anda tidak perlu mempunyai lebih dari satu resume. Anda cuma perlu betulkan format bagi nampak menarik jika anda tidak di pilih.
14. Jika saya ada pengalaman bekerja, adakah saya perlu memasukkan semua sejarah dalam resume saya?
Anda hanya perlu masukkan dua jenis pekerjaan yang sebelumnya sahaja. Jika anda banyak kali bertukar kerja, jangan masukkan semuanya ke dalam resume kerana pihak majikan mungkin akan meniilai yang anda tidak serius dengan kerja yang anda terima. Masukkan penglaman yang anda kaitan sahaja.
15. Apakah komponen utama dalam resume?
Biodata diri – Nama , alamat dan nombor telefon rumah dan telefon bimbit. Alamat emel juga perlu di masukkan. Umur dan tarikh lahir juga penting.
Objektif – Dalam komponen ini, anda tulis objektif atau kenapa anda memohon jawatan tersebut. Tulis ia dengan padat dan ringkas. Tulis apa yang anda mahu lakukan untuk pihak majikan.
Introduction : Gunakan tiga hingga lima ayat untuk memperkenalkan diri anda seperti kelayakan akademik , pengalaman yang anda ada dan pencapaian yang anda telah capai.
Pengalaman : Tulis pengalaman yang anda ada. Bermula dengan pengalaman terkini.
Kelayakan akademik : Senaraikan kelayakan akademik yang anda ada bermula dengan kelayakan terkini.
Kemahiran : tulis kemahiran yang anda ada seperti kemahiran bahasa, penggunaan hardware atau software dan apa sahaja yang releven.
Rujukan ; Senarai orang professional yang sedia menjadi rujukan bagi pihak majikan.
16. Berapa panjangkah resume perlu di tulis?
Resume yang bagus adalah resume yang di tulis secara ringkas dan padat. Satu muka surat penuh sudah memandai.
17. Apakah style resume yang paling di sukai oleh pihak majikan?
Pihak majikan menyukai resume yang straight to the point iaitu pihak pemohon menonjolkan apa yang dia ada dan apa yang mereka boleh lakukan pada pihak majikan.
18. Apakah scannable resume?
Scannable resume adalah resume yang di baca menggunakan computer. Dengan menggunakan Optical Character Recognition ( OCR ), resume anda akan di scan dan semua maklumat akan di daftarkan ke dalam database. Software tersebut akan meletakkan maklumat anda berdasarkan ranking yang di kehendaki oleh majikan.Teknik ini selalunya di gunakan syarikat – syarikat besar bagi mempercepatkan proses pemilihan kerja.
19. Apakah Online Resume?
Online resume adalah resume yang di tulis dalam bentuk (*.txt) di mana ia boleh di copy paste dalam bentuk emel. Kebanyakan syarikat yang menerima resume secara online mahukan resume di hantar melalui isi emel bukannya dalam bentuk word atau pdf atau fail attachment. Namun, tidak salah untuk selitkan
20. Apakah sumber rujukan atau reference?
Sumber rujukan atau reference adalah seseorang yang mengenali diri anda. Mereka akan di rujuk oleh pihak majikan untuk mengenali diri anda dengan lebih rapat lagi. Selalunya, pihak majikan akan meminta anda untuk memberi mereka nama, no telefon dan alamat sumber rujukan anda.
21. Berapa ramai sumber rujukan yang saya perlu ada?
Anda perlu sekurang – kurangnya tiga orang dan paling ramai lima orang sebagai sumber rujukan anda.
22. Siapakah yang sesuai menjadi sumber rujukan anda di dalam resume?
Perkara pertama , anda perlu pilih orang yang akan memberi kenyataan positif mengenai diri anda. Ada tiga jenis references atau sumber rujukan. Anda boleh pilih seorang bagi setiap jenis.
Professional references : Bagi yang baru graduate, anda boleh minta bos di tempat praktikal untuk menjadi references anda. Bagi yang ingin mencari kerja baru, anda boleh minta bos di tempat kerja lama. Professional references ini boleh membantu pihak majikan untuk mengetahui kelebihan anda melakukan kerja secara praktikal.
Academic references : Jenis ini boleh membantu majikan untuk mengetahui latar belakang akademi anda. Bagi yang baru graduate, anda boleh beri sebagai senjata tambahan manakala bagi yang sudah lama graduate, anda tidak perlu beri pun tidak mengapa kerana anda sudah ada pengalaman.
Personal References : Biasanya majikan tidak memerlukan references jenis ini. Namun, anda boleh beri satu nama jika pihak majikan ingin mengenali peribadi anda.
23. Apakah cover letter?
Cover letter adalah surat yang di hantar bersama – sama dengan resume. Surat ini di tulis bertujuan untuk memperkenalkan resume kepada bakal majikan.
24. Apakah tujuan cover letter di tulis?
Cover letter di tulis untuk memperkenalkan diri anda pada pihak bakal majikan. Dalam surat ini anda ceritakan minat anda untuk memohon pekerjaan di organisasi tersebut dan dalam masa yang sama anda minta mereka untuk membaca resume yang anda hantar. Akhir surat, anda ceritakan yang anda sangat berminat dan sesuai untuk di ambil bekerja bagi jawatan tersebut.
25. Apa yang saya perlu tulis di dalam cover letters?
Seperti surat biasa, ada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah pengenalan, bahagian kedua adalah isi manakala bahagian ketiga adalah penutup. Ketika menulis isi, anda fokus pada tiga perkara berikut
· Sebab secara peribadinya kenapa anda memilih untuk memohon kerja di organisasi tersebut.
· Sebab – sebab jelas kenapa pihak majikan perlu memilih anda.
· Berituhu mereka untuk membaca resume dan sertakan contact detail untuk mereka beri respon pada resume anda.
26. Adakah saya perlu menulis cover letter yang berbeza bagi setiap peluang pekerjaan?
Sudah tentu perlu.Cover letter adalah surat peribadi anda pada bakal majikan. Setiap surat perlulah di tulis khusus untuk organisasi yang anda akan pohon kerja.
27. Adakah saya wajib menyertakan cover letters bersama – sama dengan resume atau borang permohonan kerja?
Ya, sudah tentu anda perlu lakukannya. Cover letter akan memudahkan bakal majikan untuk mengenali diri anda sebelum mereka membaca resume.
Masih belum terjawab persoalan mengenai resume kerjaya? Anda wajib mendapatkan e-book ini. Saya pernah membacanya dan saya kira ia dapat membantu anda menjawab persoalan mengenai resume kerjaya. Jangan lepaskan peluang ini dan selamat maju jaya! Terima kasih kerana membaca artikel Oh! Terlalu banyak persoalan mengenai Resume Kerja? Biar kami bantu anda menjawab satu persatu.
Leave a Reply