Komponen-komponen penting dalam penulisan resume. Apakah komponen penting yang perlu anda tahu untuk dimasukkan dalam resume. Ok, anda tak perlu pening-pening. Kami ingin membantu anda dengan menyediakan artikel ringkas ini untuk menerangkan tentang komponen-komponen penting yang perlu dimasukkan dalam resume kerja terbaik.
Komponen-Komponen Penting Dalam Penulisan Resume
Dalam penulisan resume kerja bahasa Melayu, antara komponen penting yang biasanya dimasukkan adalah;
- Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
- Gambar terbaru (saiz pasport)
- Butir-butir peribadi (tarikh, tempat lahir & taraf perkahwinan)
- Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
- Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
- Objektif kerjaya (sekiranya sudah pasti dan harus sesuai dengan jawatan yang dipohon)
- Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan)
- Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali)
- Aktiviti kokurikulum dan persatuan
- Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika adad) serta taraf atau jawatan yang disandang
- Pengelibatan masyarakat/komuniti
- Penerbitan (jika ada)
- Taraf serta kemahiran berbahasa
- Kemahiran lain (menaip, komputer)
- Lesen memandu (taraf/gred)
- Minat & hobi (mendaki, berenang, melukis)
- Rujukan dua orang yang anda kenal secara profesional
Jadi begitu, ini merupakan 17 komponen yang paling penting untuk menghasilkan resume terbaik. Sekarang anda cuba tulis resume kerja berpandukan panduan lengkap yang kami telah sediakan.
Jika terdapat sebarang kesulitan, kami dari pihak OhKerjaya.com berbesar hati untuk menolong anda menyediakan resume kerja yang berjaya memikat hati majikan.
Tinggalkan sebarang keluhan anda tentang penulisan resume di ruangan komen. Kami cuba membantu anda seboleh mungkin. Terima kasih kerana membaca artikel Komponen-Komponen Penting Dalam Penulisan Resume.
Leave a Reply