Entri kali ini kami akan kongsikan Kisah Temuduga Untuk Renungan pembaca-pembaca semua. Semoga apa yang dikongsikan oleh kawan-kawan yang lain dalam entri ini dapat dijadikan panduan kepada kita, khususnya dalam hal menghadapi temuduga.
Kisah Temuduga Untuk Renungan
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Kisah Temuduga 1
assalamualaikum…
Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan tersebut.
Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.
Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.
Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri temuduga. Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.
Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail, saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil, saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah saya melangkah untuk duduk.
penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.
Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.
penemuduga: Sebutkan rukun negara.
alhamdulillah saya dapat menghafalnya.
penemuduga bertanya kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.
penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?
Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.
Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.
penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?
Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka tentang isu ini. Saya juga tidak membangkang pendapat mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka. Saya hanya bersuara apabila ditanya.
Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.” Itu sahaja yang saya ucapkan.
Ini lah pengalaman saya menghadiri temuduga.
Kisah Temuduga 2
Salam hormat.
Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat , saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya sedih, keluarga susah, mak dan ayah cuma pesawah padi, dah uzur…
Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya mohon… Hanya Tuhan yang tahu penderitaan emosi saya selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana tiada pekerjaan.. Sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil …pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.
Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan… stress….tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti.. saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.
Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit di kalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…
Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam perkhidmatan awam… Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat keadaan saya kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar, sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak mampu ….
Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal dalam temuduga… Moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang perlu saya lakukan sekarang…
Terima kasih
Amma
Kisah Temuduga 3
Kepada saudara Jamal.
Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya. Tentang temuduga yang saya hadiri tempoh hari… Mungkin kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya.. Sejak saya memiliki line internet dirumah,,memang saya gemar melayari internet..tp…bab yang positif la.. Selepas Saya tamat exam stpm,hati saya terpanggil untuk mencari pekerjaan di internet.. Lalu saya cari lah laman web kerja Kerajaan ..manalah tau ada jawatan kosong yang ditawarkan, sebab saya memang inginkan kerja di Sektor Awam.. Cari punya cari,,saya terpandang satu tajuk yang saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah bagus, mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan pengetahuan tentang interwiew dalam sektor awam.. maka saya pun klik pada tajuk tersebut..bila dikaji, saya nak memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan..saya pun membelinya dengan melalui beberapa proses..
Setelah saya memiliki e-book tersebut. Saya baca dari awal hingga abis, sehingga paham.. Oh, lupa pulak, satu hal lagi, sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat2 keje samada sektor awam dan swasta… Selang 3 minggu kemudian, saya dapat panggilan dari Regency Specialist Hospital..mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada saya.. Saya pun apa lagi terus setuju la.. Esoknya saya pergi interview di hospital tersebut.. Pakaian saya, gaya saya, cara percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus temuduga spa tersebut.. Kiranya saya da bersedia dari awal. Ini semua berkat dari saya membaca E-book tersebut..
Semasa di interview..saya disoal dlm bahasa Inggeris.. antaranya seperti please introduce your personal in English, what you can do if you get this job.. Lebih kurang cam 2 la soalannye, pulak tu saya tak boleh berbahasa Inggeris dengan cekap, tapi saya cuba menjawab soalan mereka dengan tenang, senyuman dan yakin.. Kadang2 kene gelak juga dengan mereka..mungkin salah kot bahasa inggeris Saya..tapi x pe lah asalkan saya tak diam membisu.. Masa selesai interview 2 saya ckp la..thanks, hope we can Meet again at other time..hehe hentam saja lah..
Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist Hospital.. Akhirnya jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya.. Berjaya juga akhirnya..opss.. lupa nak cakap..masa saya pergi interview ade 4 orang calon lain masa 2..
Emm..saya sekarang ni dalam opis, kebetulan ada masa terluang..kerja pun dapat diselesaikan awal…so saya ambil peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya. Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada..mungkin saya Tak dapat pekerjaan sekarang ini..yelaa…mungkin pakaian saya ikut suka hati..tak tau adab2 sebelum, semasa dan Selepas interview.. Btol tak??
So, saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Jamal kerana menyediakan e-book ini..saya rasa semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki e-book Ini untuk dibuat rujukan ..
Sekian terima kasih..dan selamat maju jaya untuk en.jamal Dan sesiapa yang membaca kisah ini.. Tapi dengan syarat setelah memiliki e-book ini,,anda perlu baca bnyk Kali sehingga paham. Tak de maknanya kalau beli tapi tak baca..tak paham..dan tak praktikkan..
K bye..
Kisah Temuduga 4
Saya turut bersimpati dan harap cik Amma bersabar mungkin itu ada dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti saya, saya juga seorang yang diketegorikan orang miskin.Saya terpaksa menanggung pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di bandar KL.
Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung adik-beradik kami yang ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas tamat pengajian kelak.
Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah. Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.
Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib saya sama dengan garaduan2 lain apatah lagi saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi dengan adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoaa kpa Tuhan.
Sueri..
Kisah Temuduga 5
Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan)
salam…
hai cik jamal…
terima kasih ya atas email yg berguna tu…
saya pun ada satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni…
ok…citernya mcm ni…..
Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa…pada bulan tersebut juga saya kehilangan ibu tersayang…al-fatihah- habis praktikal… saya kahwin dan ikut suami ke Kuala Terengganu…
Dalam bulan 12.2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK Kota Bharu…hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh. Saya dtg temuduga ni xder persiapan langsung…masa tgh menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri2 Islam Hadhari… Sampai giliran saya di panggil, Ya Allah…berdebarnya…tp masih cool lg…
Soalan yang pertama ditanya mcm biasa…background kita…lepas tu masuk isu semasa…bab hal keluarga…isu kahwin dan bercerai… Lastnyer penemuduga bertanya, “mcm mana nak masuk kerja kerajaan sedangkan BI saya x lulus dlm SPM”. lantas saya menjawab la…mmg dalam sijil saya x lulus…tp saya blh bercakap BI…lantas mereka menyuruh saya bercakap dlm BI….so…saya tunjukla kebolehan saya…
Selepas daripada itu, siap la sesi temuduga saya…antara ramai2 yang ditemuduga…sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah bulan 4.2007 saya dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie. Itulah pengalaman saya semasa ditemuduga. apa yang penting kita mesti berani mempertahankan hujah kita
Kisah Temuduga 6 (versi asal dikekalkan – versi dialek SABAH)
helo encik jamal…
Selamat petang..saya orang Sabah. tinggal pedalaman dan kebanyakaan anak kampung saya mungkin tima saya tu bilangan anak kampung saya jarang dpt sambung belajar sampai degree. Mungkin saya salah seorang yg bertuah.Ini pengalaman saya ketika di interview.
Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam degree akaun selama 4 thn.. saya menjalani pratikal ketika semester terakhir..saya pratikal selama 3 bln dan diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai tax consultant sebab saya senang dgn kerja ni.lagi pun semasa semester break ketika d ums pun saya selalu buat part time di company ni jadi saya rasa mereka terus mangambil saya. Saya suka dan senang dgn kerja ni.Senior manager yg bagus dan partner (big boss) yg concern dgn welfare pekerja.
Saya juga aada memohon jawatan kerajaan gred 41..dgn rezeki Tuhan saya di panggil exam utk memasuki skim 14 jawatan gred 41.Saya seorang sahaja yg lulus dari antara coursemate saya yg sama2 apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya dipanggil unttk first temuduga jawatan penguasa kastam w41..sya memang excited dan buat persiapan rapi seperti cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yg kastam buat, tugas2 kastam.. awal pagi saya dtg interview ketika itu saya msh kerja dgn audit firm swasta.Time interview tu..sya org pertama
diinterview dan saya sgt nervous sebab sya punya fizikal adalah yg pling kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi, kuat.. dalam hati sya berbisik, tak apalah sya sudah sampai baik teruskan sahaja.
Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi..sya tak duduk terus..selagi dia tak benarkan sya duduk sya tidak duduk..pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan diri dlm bahasa inggeris.Saya jwab dgn senyuman..ketika wakil jabatan kastam tanya sya soalan2 yg pelik2..sya jawb berdasarkan apa yg saya kaji sahaja.Dan dgn sya tak sangka2 panel tu soal saya dan dia pula yg jawab sendiri. Saya just menangguk sahaja dan seolah2 sesi temuduga tu macam jadi berbual antara kawan tapi sya tak lebih2. Sebab saya juga ingin tahu bidang tugas kastam. Bila sya habis interview, kawan selepas saya bagitahu saya berada di dlm bilik interview dekat 45 minit..
Selepas interview tu sya selalu pigi church and bawa dlm doa semoga disitu rezeki sya..syukur Tuhan..sya di pgl utk lapor diri di akademi akmal melaka pada 27 julai 2008..dgn dgn secara kasarnya sya sdh berkhidmat di jabatan kastam diraja malaysia hampir 8 bulan dan bertugas sebagai penguasa kastam w41 di stesen Sandakan.
Biarlah kita jauh di pedlaman sekalipun..kalau kita berusaha dan tekad pasti disitu rezeki kita. Saya bersyukur sangat2. even fizikal kita kecil jgn lah kita rendah diri,mesti kita ada kekuatan dalaman lain yg org tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview, mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memberi soalan yg kita tahu nak jawab.
semoga penglaman ni memberi motivasi kpa yg lain utk masuk jawtan kerajaan. sya minta maaf jika bahasa saya lebih ke SABAH an..
sekian..
Kisah-kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami.
Jumpa lagi entri akan datang!
Nana says
tak sangka ramai terkesan dengan penolakan temuduga dan pelbagai lagi.
berlainan pula dengan kisah saya.
saya adalah pelajar kemahiran tahun akhir dan sedang mencari tempat praktikal.
saya seorang yang tiada komitmen dan selalu merendahkan diri sendiri.
saya telah menghantar resume saya di banyak tempat latihan industri. dalam banyak banyak tempat hanya satu saja memanggil saya untuk temu duga.
apabila sedang menunggu untuk ditemu duga , saya jadi overthingking dan mula merendahkan diri sehingga terfikir untuk bunuh diri.
penemu duga itu bertanyakan pelbagai soalan kepada saya , saya jadi buntu dan tekanan.
hanya disebabkan saya seorang perempuan penemu duga itu berasa was was dan kurang percaya kepada saya.
selesai ditemu duga , saya keluar dan menangis di dalam kereta seperti saya kehilangan orang tersayang.
saya tidak pasti kenapa saya menangis sedangkan penemu duga memberi soalan dan respon yang sopan.
entahlah.
doakan yang terbaik untuk saya.