5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang tak didedahkan kepada masyarakat umum. Anda tahu apa kelebihan-kelebihan dan keseronokan bercuti dalam kerja kerajaan? Jom kita ambil tahu apa faedah-faedah yang seronok cuti yang kakitangan awam dapat dan tidak didedahkan kepada umum!
Antara keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kakitangan awam bakal dapat ialah:-
#1: Kemudahan untuk Cuti Sakit
Anda semua tahu bahawa sudah ada polisi baru yang membenarkan kakitangan awam untuk dapat cuti sakit walaupun menggunakan surat cuti sakit dari klinik swasta? Haaaa Prosedur baru ini dibuat bagi membantu kakitangan awam unuk mudahkan urusan mereka mohon cuti sakit.
#2: Sempena isteri bersalin, suami juga dapat cuti!
Ini pula keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kedua! Daripada cuti sebanyak 3 hari, pihak pentadbiran kerajaan telah menambah lagi 4 hari untuk para suami bercuti sempena menyambut kelahiran cahaya mata yang baru. Khusus kepada para suami kakitangan awam sahaja ya!
#3: Mahu cuti tanpa gaji atau cuti dibawa ke hadapan atau cuti separuh gaji?
Berkhidmatlah dengan kerajaan! Anda boleh mohon untuk cuti tanpa gaji, iaitu paling maksimum selama 3 tahun atau lebih mengikut jawatan anda. Untuk cuti tanpa gaji ini, anda boleh mohon untuk cuti selama tiga tahun berturut-turut atau ambil cuti secara berperingkat hingga cukup kuota 3 tahun yang diberi. Jika ada cuti anda pada tahun ini yang masih berbaki, cuti tersebut boleh dibawa ke hadapan! Jadi, pilihlah cuti jenis macam mana yang sesuai dengan urusan anda.
#4: Cuti bersalin!
Bagi kakitangan wanita, pihak pentadbiran memberikan anda cuti bersalin selama 42 hari! Panjang, bukan? Maka manfaatkanlah cuti bersalin yang anda peroleh untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta! Jika anda cuti lebih dari 42 hari, cuti itu dikira sebagai cuti sakit.
#5: Cuti untuk melaksanakan haji.
Saya yakin, ramai yang tidak tahu bahawa pentadbiran kerajaan menyediakan kelonggaran cuti yang khusus bagi penjawat awam yang hendak menjalani ibadah haji. Dengan adanya cuti ini, secara tak langsung penjawat awam diberi kelebihan untuk menunaikan ibadah haji, tanpa perlu tunggu masa pencen, barulah tunaikan ibadah haji.
5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini adalah sebahagian cuti yang kami kongsi dengan anda dalam artikel ini. Disebabkan banyak kelonggaran cuti dalam kerja sektor awam inilah yang menarik minta orang ramai untuk memohon kerja dengan kerajaan!
Seronok kan bercuti? Manfaatkan cuti yang ada dengan sebaiknya. Jangan saja-saja bercuti tanpa sebab ya! Itu ponteng namanya. Selamat bekerja! Semoga artikel 5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini membantu anda.
Leave a Reply