Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17 memang dicari-cari oleh calon-calon Pembantu Tadbir N17 sebagai peprsediaan sebelum melalui peperiksaan online.
Antara tujuan diwujudkan bahagian Soalan Pengetahuan AM adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan am dalam kalangan calon-calon Pembantu Tadbir N17 .
Teruskan membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17!
Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17
Untuk pengetahuan anda, Soalan Peperiksaan yang dibuat terdiri daripada 3 seksyen iaitu:
Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan alam sekeliling
Seksyen B: Ujian Menyelesaikan Masalah Matematik Pembantu Tadbir
Seksyen C: Ujian Penaksiran Personaliti
Soalan di bawah merupakan antara contoh soalan dari Seksyen A: Pengetahuan Am.
1- Deklarasi Kuala Lumpur 1971 adalah satu persetujuan mengenai:
A. Penubuhan ASEAN
B. Penubuhan pasaran bersama ASEAN
C. Pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN
D. Penubuhan kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara
2- Apabila YDPA melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam
B. berketurunan Melayu
C. pernah menjadi Menteri Kabinet
D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
Apa yang kami gariskan tersebut adalah jawapan bagi contoh soalan yang dikemukakan.
Anda sudah nampak trick soalan ini dibuat? Ya, soalan-soalan ini boleh memerangkap anda dalam membuat pilihan jawapan, lebih-lebih lagi jika anda tidak betul-betul menguasai pengetahuan am mengenai negara.
Semoga maklumat yang kami “bocorkan” ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk buat persediaan sebelum menjalani peperiksaan bagi jawatan Pembantu Tadbir N17.
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17 ini.
Oh ya! Jangan lupa subscribe emel anda untuk dapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami!
Jumpa lagi dalam artikel akan datang.
Nurhazziqah says
Terima kasih for the info