• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Peperiksaan Online / Oh! Contoh Soalan Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

Oh! Contoh Soalan Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17 ok? Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan dijalankan pada 3 APRIL 2015 (JUMAAT).

Adakah anda terpilih? Semak di E-Semakan SPA.

Calon dianggarkan sekitar 45,000 dengan jawatan kekosongan yang ada ialah 700 Kekosongan. Lihat pengumuman SPA di bawah:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan: Sokongan II
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Panduan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Pengenalan: Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan asas yang relevan dengan kerja-kerja harian dalam pengurusan dan pentadbiran yang perlu diketahui oleh semua pegawai yang berkenaan. Selain itu, kemahiran menaip pegawai juga akan dinilai.

Tujuan Peperiksaan: Memenuhi sebahagian syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.

Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

CONTOH SOALAN SEKSYEN A – Pengetahuan Am

1. Rekod merujuk kepada

I. Bahandalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwaatau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar,bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang dihasilkan secara elektroniktanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan I

2. Mengapakah rekod perlu diwujudkan?

A. Sebagai bahan bukti kepada sesuatu perkara yang berlaku sama adaperistiwa, arahan, keputusan, nasihat atau cadangan yang dibuat semasa melaksnakansesuatu tugas rasmi.
B. Untuk menyediakan maklumat dan rekod yang tepat dan memastikan rekoddisediakan pada individu yang tepat.
C. Memastikan rekod disediakan pada waktu dan tempat yang sesuai sertatepat dan rekod diurus sebaik mungkindan mengurangkan bebanan kos.
D. Memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses memutuskankeputusan

CONTOH SOALAN SEKSYEN B – Daya Menyelesaikan Masalah

  1. Sebuah mesin fotostat dengan kos RM 1,800.00 telah dibeli pada 1 Januari 2005. Aset ini disusutnilaikan pada 15 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

CONTOH SOALAN SEKSYEN C – Ujian Psikometrik

1. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju      B.Tidaksetuju C. Tidak Pasti

2. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya              B. Tidak          C. Tidak Pasti

3. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada sayakerana ianya kesukaan saya.

A. Ya             B.Tidak            C. Tidak Pasti

4. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A.Ya        B. Tidak              C. Tidak Pasti

5. Saya selalu didenda di zaman persekolahandahulu
A. Setuju   B. Tidak setuju   C. Tidak Pasti

Nota dan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Nota dan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 bagi calon yang dipanggil untuk menghadiri peperiksaan online ini, nota dan rujukan akan diterbitkan oleh Tim InfoKerjaya iaitu sebuah kumpulan pengkaji soalan dan contoh soalan berdasarkan format peperiksaan SPA sebelum ini. Rujukan pantas ini untuk membantu calon membuat persediaan awal sebelum tibanya peperiksaan pada 3 April nanti.

Tim Info Kerjaya telah keluarkan banyak Panduan Peperiksaan yang telah membantu calon merujuk dan membiasakan diri untuk menjawab exam seperti yang anda boleh lihat di bawah ini.

ANDA CALON PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR GRED N17?

Anda perlukan:

# Bahan Rujukan Pantas!
# Puluhan Contoh Soalan Setiap Seksyen A B dan C!
# Tips Lulus Exam Pembantu Tadbir!
# Khidmat Nasihat Daripada Tim InfoKerjaya Secara Berterusan

Berikan peluang untuk diri anda dibantu untuk LULUS peperiksaan online N17 dengan PERSEDIAAN Awal!

SILA KLIK DI SINI SEKARANG!

P.S: Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran