Contoh Mudah Membuat Resume Kerja Yang Disukai Majikan ini ditulis untuk memberi panduan kepada graduan untuk membuat resume kerja yang disukai majikan. Jika majikan tertarik dengan resume anda, maka mereka akan memanggil anda untuk ditemuduga agar pilihan majikan tepat, sesuai dengan maklumat yang terdapat pada resume kerja. Ketahui lagi contoh mudah membuat resume kerja yang disukai majikan.
Apa itu Resume Kerja?
Resume kerja adalah satu bentuk maklumat profil peribadi yang menerangkan secara ringkas dan mudah difahami akan maklumat seperti nama, umur, pendidikan, pengalaman kerja, kelebihan diri dan sebagainya. Ia seolah-olah sebuah kertas yang mengandungi maklumat untuk dijual atau dipamerkan kepada majikan supaya mereka dapat menilai calon yang ingin diambil bekerja di syarikat mereka.
Tips Resume Kerja
Perkara yang paling asas untuk anda tahu bagi membolehkan anda menyiapakan satu resume yang mantap adalah butiran yang perlu diletakkan di dalamnya.
Usah serabutkan fikiran dengan template resume kerja. Bentuk template resume kerja ada pelbagai tetapi kebanyakan di Malaysia ini biasanya menggunakan bentuk yang ringkas dan mudah sahaja.
Apa yang penting, ia mempunyai maklumat yang tepat dan ringkas berkenaan anda. Ini yang ingin dilihat oleh bakal majikan anda.
Panduan Membuat Resume Kerja
Perkara asas yang perlu ada dalam resume yang baik adalah;
- Personal data; Nama, No. IC, jantina, email, nombor telefon dan alamat rumah
- Education background; SPM, diploma, degree
- Career objective
- Skill languages
- Work experience
- Reference
Semua ini merupakan maklumat asas utama tetapi anda boleh juga menambah perkara lain yang dapat menambah kekuatan dan kebolehan anda di dalam menarik majikan agar berminat untuk menemuduga anda.
Selamat mencuba, besar harapan kami agar anda semua dapat sedikit sebanyak manfaat dari artikel contoh mudah membuat resume kerja yang disukai majikan.
Leave a Reply