• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! 18 Soalan Bocor Semasa Temuduga Kerja Dibongkar!

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]18 soalan bocor semasa temuduga kerja dibongkar. Temuduga adalah proses yang paling kritikal sekali di dalam proses permohonan pekerjaan. Hal ini kerana, anda harus mempersiapkan diri dengan sebaiknya samada dari segi fizikal dan mental. Usah risau kerana 18 soalan semasa temuduga kerja telah dibongkar!

1.     Beritahu kami tentang diri anda?

Biasanya, soalan ini adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu; tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa.

2.     Apa yang anda tahu mengenai kami?

Ketika anda diajukan oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan organisasi serta minat anda terhadap organisasi.

3.     Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?

Sebutkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana anda lakukannya.

4.     Nyatakan kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang paling tidak menarik?

Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.

5.     Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?

Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.

6.     Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?

Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.

7.     Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?

Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda menjawabnya.

8.     Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?

Berikan jawapan yang realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali organisasi tersebut dan keperluannya.

9.     Berapa lama ada akan bersama kami?

Beritahu kepada penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat organisasi bersama.

 

cc

Ingin tahu lagi 9 soalan bocor semasa temuduga? Klik link ini untuk [ninja-popup ID=125]mendapatkan e-book[/ninja-popup] tersebut bagi mengetahui dengan lebih lanjut 18 soalan bocor semasa temuduga dibongkar! Google.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! 50 Soalan Yang Lazim Ditanya Ketika Temuduga

oleh admin 1 Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]50 soalan yang lazim ditanya ketika temuduga, nampak macam banyak. Tentulah tidaklah kesemuanya ditanya. Bagaimanapun, 50 soalan yang lazim ditanya ketika temuduga adalah kompilasi dari soalan-soalan yang pernah ditanya, selalu ditanya dan berkemungkinan besar akan ditanya oleh panel temuduga anda nanti.

Sebagai persediaan sebelum sesi temuduga berlangsung, anda mesti mahu mengetahui serba sedikit soalan yang biasa ditanya. Hal ini penting bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan sesi temuduga. Untuk itu, saya kongsikan kepada anda 50 soalan yang lazim ditanya ketika temuduga.

Soalan temuduga asas

  1. Beritahu kami tentang diri anda?
  2. Apakah kekuatan diri anda?
  3. Apakah kelemahan diri anda?
  4. Mengapa anda mahukan kerjaya ini?
  5. Apa yang anda mahu capai dalam karier anda 5 tahun dari sekarang?
  6. Apakah syarikat yang ideal bagi anda?
  7. Apa yang menarik perhatian anda dalam syarikat ini?
  8. Mengapa kami patut ambil anda?
  9. Apa yang anda gemar mengenai kerjaya anda sebelum ini?
  10. Di manakah anda rasa berpuas hati dengan kerjaya anda?
  11. Apa yang anda boleh lakukan untuk kami yang calon lain tidak boleh?
  12. Apakah tanggungjawab anda dalam kerjaya sebelum ini?
  13. Mengapa anda meninggalkan kerja yang sekarang?
  14. Apa yang anda tahu mengenai industri ini?
  15. Apa yang anda tahu mengenai syarikat kami?
  16. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke mana-mana?
  17. Ada sebarang soalan untuk saya?

Soalan temuduga sikap

  1. Apakah projek terakhir yang anda jalankan, dan apakah hasilnya?
  2. Berikan saya contoh masa yang anda rasakan anda boleh hadir dan dipanggil kerja untuk menjalankan tugasan.
  3. Terangkan bilakah hasil kerja anda telah dikritik?
  4. Adakah anda berada di dalam sebuah kumpulan yang seseorang tidak bekerjasama bersama anda? Bagaimana anda mengendalikannya?
  5. Beritahu kami bilakah anda perlu memberi sebuah maklumbalas yang sukar? Bagaimana anda mengendalikannya?
  6. Apakah kegagalan anda yang terbesar, dan apakah yang dapat anda pelajari darinya?
  7. Apakah yang mengganggu anda mengenai orang lain, dan bagaimana anda menguruskannya?
  8. Jika anda merupakan ketua jabatan dan diminta untuk melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apa tindakan anda?

Jika anda tidak pasti apakah soalan-soalan yang bakal ditanya, anda perlu mengambil inisiatif tambahan dengan serius.

  1. Apakah saat yang paling sukar dalam hidup anda, dan bagaimana anda berhadapan dengannya?
  2. Berikan contoh di mana anda membuat satu kesilapan, bagaimana anda menguruskannya?
  3. Kongsikan dengan kami di mana anda perlu menghadapi konflik dalam kerja.
  4. Jika anda berada di sebuah jamuan makan tengahari dan anda memesan menu yang jarang ditemui, apakah yang perlu anda lakukan?
  5. Sekiranya syarikat anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang seperti penipuan, apakah tindakan anda?
  6. Apakah tugasan yang sukar bagi anda, dan bagaimana anda menyelesaikannya.
  7. Apakah keputusan yang paling sukar anda lakukan 2 tahun yang lepas, dan bagaimana anda menyelesaikannya?
  8. Terangkan bagaimana anda mengendalikan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebelum meninggalkan pejabat, dan agak mustahil untuk anda selesaikannya.

Soalan temuduga gaji

  1. Gaji yang bagaimana anda cari?
  2. Bagaimana sejarah gaji anda?
  3. Adakah dengan gaji ini anda mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik?
  4. Adakah anda sanggup dipotong gaji jika kualiti kerja anda menurun?

Soalan temuduga perkembangan kerjaya

  1. Apakah yang anda cari dalam perkembangan karier anda?
  2. Bagaimana anda mahu meningkatkan diri anda untuk tahun berikutnya?
  3. Apakah matlamat anda sekiranya anda berjaya mendapatkan kerja ini?
  4. Sekiranya kami memohon untuk ketua jabatan anda terdahulu untuk memberikan latihan atau pendedahan, apa yang boleh beliau cadangkan?

Soalan temuduga bagaimana bermula

  1. Bagaimana anda membina kredibiliti yang pantas di dalam kumpulan?
  2. Berapa lama anda mengambil masa untuk memberikan sumbangan yang signifikan?
  3. Apa yang dapat anda lihat dalam diri anda dalam masa 30 hari yang pertama semasa bekerja?
  4. Jika terpilih untuk jawatan ini, bolehkan anda terangkan strategi untuk 90 hari yang pertama?

Soalan temuduga tambahan tentang diri anda

  1. Bagaimana anda menerangkan cara kerja anda?
  2. Bagaimana persekitaran kerja yang anda perlukan?
  3. Apakah teknik yang anda gunakan untuk memastikan kerja anda terurus?
  4. Sekiranya anda perlu membuat pilihan, siapakah orang yang bakal anda pilih untuk membantu anda sama ada “big-picture person” atau “detail-oriented person”?
  5. Beritahu kami apakah pencapaian anda yang paling dibanggakan?
cc

Ingin tahu dengan lebih lanjut soalan-soalan lain yang turut berkemungkinan besar akan ditanya semasa sesi temuduga? Dapatkan [ninja-popup ID=125]e-book ini[/ninja-popup], saya kira ia dapat membantu anda untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sesi temuduga yang akan anda hadiri. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca 50 soalan yang lazim ditanya ketika temuduga. Boleh Google Sahaja untuk info lanjut.

 

 

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Panduan Ringkas Menghadapi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh![/su_dropcap] Panduan ringkas menghadapi temuduga ini disediakan bagi memudahkan anda. Di sana mungkin terdapat banyak info-info dan juga tips-tips yang banyak. Dengan itu kami ringkaskan menjadi panduan ringkas menghadapi temuduga. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca panduan ringkas menghadapi temuduga.

  1. Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.
  2. Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
  3. Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.
  4. Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.
  5. Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan – mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.
  6. Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.
  7. Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.
  8. Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.
  9. Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri.
  10. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.

Jika panduan ini tidak cukup membantu anda dalam menghadapi temuduga, saya syorkan [ninja-popup ID=125]e-book ini.[/ninja-popup]. Ia mungkin dapat membantu anda menjadi calon yang terbaik antara calon lain. Terima kasih kerana membaca panduan ringkas menghadapi temuduga.
[su_note]Baca selanjutnya: Rahsia Bijak Temuduga – Pakej Panduan Lengkap Temuduga Kerja[/su_note]

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! 10 Sebab Ramai Gagal Sesi Temuduga?

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]10[/su_dropcap] Sebab Ramai Gagal Sesi Temuduga, separuh darinya mungkin berbalik kepada sikap seseorang itu sendiri. Mahu lulus, namun tidak bersedia untuk bekerja keras untuk itu. Jika anda mahu berjaya, anda perlu kaji 10 sebab ramai gagal sesi temuduga. Ini mungkin dapat membantu anda sedikit-sebanyak dalam menyiapkan diri.

Mungkin banyak lagi sebab mengapa ramai yang gagal, tetapi tentunya mengambil masa untuk dikaji dan dikongsi. Bagi memudahkan anda, kami ringkaskan dari berpuluh sebab kepada sepuluh sahaja, teruskan membaca 10 sebab ramai gagal sesi temuduga.

 

 1. Pemakaian dan Penampilan

Tahukah anda aspek pemakaian mempunyai aura tersendiri semasa anda menghadiri temuduga? Pemakaian yang beretika dan hebat bukan sahaja dapat mempengaruhi panel temuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

Jangan pula berlebih-lebihan sehingga kelihatan seperti pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon wanita. Kelihatan cantik amat perlu, namun anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

2. Terlebih Ramah dan Santai

Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

3. Berlebihan dalam Lagak Gaya

Panel temuduga tidak suka kepada calon yang bongkak dan angkuh. Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda. Elakkan daripada cakap besar dan bersederhanalah dalam percakapan anda.

4. Dokumen Tidak Lengkap

Tidak membawa dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan. Jika dokumen tersebut hilang, anda seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

5. Tidak Menepati Tasa dan tiada Persediaan

Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan besar. Jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda. Lewat di hari yang bermakna untuk berjaya merupakan kesilapan besar. Ini juga mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.

6. Tidak Jujur dalam Menjawab Soalan

Panel temuduga akan menilai aspek kejujuran dalam diri anda. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara positif, bukan jujur mendedahkan sesuatu yang negatif. Dengan itu, elakkan berbohong, ia lebih selamat dan bermoral.

7. Bersifat Pasif Semasa Temuduga

Anda seharusnya mewujudkan elemen interaksi dan komukasi dalam diri. Terdapat calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga berjalan. Jangan jadi “sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab”.

8. Tidur Lewat Pada Malam sebelum Temuduga

Tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang temuduga pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal ‘bergelut’ menahan ‘asakan’ soalan dari panel temuduga.

9. Tidak Tahu tentang Isu Semasa

Panel temuduga mungkin bertanya pendapat anda tentang beberapa isu semasa. Terdapat calon yang tidak tahu langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am mereka amat rendah. Anda disarankan membaca akhbar tempatan sebelum ke tempat temuduga.

10. Tidak Tahu Mengenai Temuduga yang Dihadiri

Menghadiri temuduga tanpa mengetahui perihal temuduga yang dijalankan merupakan satu kelalaian yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini akan menunjukkan anda tidak serius dan tidak komited dengan apa yang dipohon. Panel temuduga secara langsung akan mengesyaki sikap buruk ini. Mereka berkemungkinan besar tidak akan memilih anda. Untuk apa jika anda sendiri tidak mahu?

 

cc

Anda mungkin tertanya-tertanya apa lagi sebab ramai gagal sesi temuduga. Saya pernah baca [ninja-popup ID=125]e-book ini [/ninja-popup] dan saya kira ia mungkin dapat membantu anda lulus temuduga dengan cemerlang. Terima kasih kerana membaca 10 sebab ramai gagal sesi temuduga.

 

[su_note]Baca selanjutnya: Rahsia Bijak Temuduga – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Temuduga Kerja[/su_note]

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Belajar kena ikut minat ke atau kelayakan?

oleh admin 1 Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]Belajar kena ikut minat ke atau kelayakan? Ini cerita sesuai dibaca oleh pelajar yang melangkah ke era zaman Universiti. Saat di mana ibu bapa gembira akan gembira apabila melihat anak mereka masuk ke alam universiti. Ibu Bapa yang mana tak gembira. Termasuk juga ibu bapa saya.

cc

Jadi anda dan saya ada persamaan.

Persoalan timbul. Mahu belajar di IPT kena ikut minat ke atau kelayakan? Pernah dengar kes dimana bidang yang mahu anda ambil itu bukan minat ataupun mencukupi kelayakan anda? Ini kes berat, kes yang harus diselidiki bersama.

Minat dan kelayakan harus lah seimbang. Andaikata betul betul anda berminat dengan kos tersebut, teruskan sahaja dengan kos tersebut. Tetapi harus ingat, ianya perlu seimbang dengan kelayakan sendiri.

Ada juga perkara lain yang harus diambil berat, iaitu soal Masa Depan bagi kerjaya yang bakal diambil. Itu sebab kenapa saya buka blog OhKerjaya ini. Anda perlu ambil kisah mengenai Kerjaya masa depan anda, jangan biarkan ianya gelap gelita tanpa lampu.

Jadi, mana harus diberikan keutamaan. Dalam kes ini, demi masa depan yang lebih cerah. Biarpun bukan perkara yang anda minat sepenuhnya, tetapi lihatlah pada peluang kerjaya yang ada pada masa depan. Adakalanya yang anda minat mungkin bukan keutamaan untuk anda membuat keputusan yang tepat.

Anda perlu sedar bahawa setiap bidang yang wujud di IPT juga mempunyai objektif yang disusun oleh kerajaan bagi keadaan sesebuah negara. Adakala ianya tidak sesuai untuk peredaran zaman kerana Malaysia sedang menuju ke zaman 2020.

Kelebihan belajar ikut minat

Bagi seorang pelajar seperti saya. Belajar mengikut minat banyak kelebihanya terutamanya dari segi mudah faham apa yang diajar. Selalunya apabila anda minat, anda tidak perlu disuruh pun untuk melakukan sesuatu kerja tersebut. Anda akan buat kerana rela hati.

Kelebihan belajar ikut kelayakan

Bagi anda yang belajar ikut kelayakan. Ini adalah yang terbaik kerana anda tahu potensi anda di mana. Tetapi harus diingatkan, bagi yang belajar ikut kelayakan. Adakalanya anda akan cepat berputus asa kerana melihat rakan belajar yang lebih kelayakan dari diri anda. Jadi anda harus tabah dan kuatkan konsisten untuk belajar.

 

Kesimpulannya

Bagi saya, keseimbangan itu penting antara ikut minat dan belajar ikut kelayakan. Anda harus belajar mengikut minat dan dalam masa yang sama mengikut kelayakan anda. Tetapi harus dingatkan supaya mempunyai perancangan yang rapi kemana pembelajaran yang anda ingin dan mahu bawak.

Paling penting, fikirkan mengenai ke menara gading dan bagaimana 5 tahun anda daripada sekarang. Fikirkan mulai sekarang, lagi-lagi bagi yang baru memasuk ke zaman IPT.

Ini seruan saya. Teruskan bersemangat wajar. Belajarlah mengikut minat dan juga kelayakan anda. [ninja-popup ID=125]Dapatkan update percuma.[/ninja-popup]

 
[su_note]Baca selanjutnya: Rahsia Bijak Temuduga – Pakej Panduan Lengkap Temuduga Kerja[/su_note]

Filed Under: Motivasi Kerjaya

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 22
  • 23
  • 24

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran