• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Panduan Hadir Temuduga oleh SPA

oleh admin Leave a Comment

Panduan Hadir Temuduga oleh SPA ok? Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri. Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus dilalui terlebih dahulu untuk mencapai impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang sangat baik malangnya sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam temuduga. Yang pernah gagal, jangan ulanginya lagi, ini Panduan Hadir Temuduga untuk anda.

Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips berkesan untuk menghadiri temuduga secara umum. Tak kira apa jua jawatan yang anda ingin pohon, anda boleh amalkan tips ini. Jangan lupa disertakan doa. Selamat membaca dan mengamalkan Panduan Hadir Temuduga oleh SPA.

Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja

1. Menepati masa

Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awal sebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan disebabkan kelewatan dan gagal merancang masa dengan baik, anda berputih mata.

2. Berpakaian kemas dan sesuai

Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.

3. Amalkan kesederhanaan

Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya? Baik, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:

– gunakan solekan yang minimum

– pemakaian minyak wangi yang sesuai

– gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif

– elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan

– bercakap dengan jelas dan bahasa mudah

4. Membina hubungan dan berkeyakinan

Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, tak perlu tunjuk muka sombong walau kita memiliki Ph.D sekalipun. Rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.

– Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun

– Sesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.

– Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.

– Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.

5. Berfikiran positif.

Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya’Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!

Selamat mencuba dan selamat maju jaya kami ucapkan. Terima kasih kerana membaca Panduan Hadir Temuduga oleh SPA.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! E Penyata Gaji untuk Kakitangan Kerajaan (Slip Gaji Online)

oleh admin Leave a Comment

E-Penyata Gaji untuk kakitangan kerajaan kini lebih memudahkan kakitangan kerajaan untuk membuat semakan gaji secara online. Dengan adanya e penyata gaji yang di sediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, slip gaji kini boleh di semak secara online dan mudah di akses di mana sahaja. Kebiasaannya semakan ini boleh di buat sehari sebelum tarikh gaji kerajaan di keluarkan.

Untuk menyemak status anda, sila layari portal yang telah di sediakan oleh Jabatan Akauntan Negara. Sila lihat maklumat di bawah:

1. Layari : Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

2. Layari : Semakan e penyata gaji ( semakan gaji secara online untuk kakitangan kerajaan )

3. Jika untuk mendapatkan panduan cara pendaftaran untuk e penyata gaji, anda boleh dapatkan di sini :

[ Panduan Pendaftaran e penyata gaji ] 

Antara Fungsi lain yang istimewa yang terdapat pada sistem ini adalah anda boleh menyemak laporan pendapatan tahunan secara online. Penyata ini akan di simpan dalam sistem dan memudahkan anda boleh print pada bila-bila masa sahaja. Surat pekeliling yang telah dikeluarkan untuk perlaksanaan sistem e penyata gaji ini. 

Itu sahaja daripada admin. Di harap maklumat ini dapat memberikan sedikit sebanyak bantuan untuk mengetahui cara dan tujuan menggunakan portal e penyata gaji ini.

Filed Under: Berita Semasa

Oh! Peperiksaan Online Perangkawan E41

oleh admin Leave a Comment

Peperiksaan Online Perangkawan E41 akan di adakan pada 6 Februari 2015 (hari Jumaat) berdasarkan pengumuman rasmi dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2015.

Mahu buat semakan peperiksaan online perangkawan E41? Anda boleh buat dengan klik pada imej gambar dibawah. atau Google sahaja 🙂 .

Maklumat Jawatan Gred E41

Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional

Kem/Jabatan : Jabatan Perangkaan Malaysia

Gaji : Rm1914 (minimum)-Rm8649 (maksimum) [Kadar kenaikan Rm225 setahun]

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain, yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Format Peperiksaan Online Perangkawan 2015

Untuk makluman calon,bermula daripada peperiksaan  online separa perubatan 2014,beberapa perubahan telah dilakukan oleh pihak SPA berbading dengan peperiksaan-periksaan kemasukan jawatan kerajaan  sebelum ini.

Antaranya adalah:

  • Jumlah soalan yang lebih sedikit berbanding  dengan exam secara manual sebelum ini. (terutamanya di bahagian psikometr)
  • Tiada soalan esei!Ya,tiada esei kerana soalan esei akan di tanya ketika sesi temuduga selepas anda lulus ujian online.
  • Hanya melibatkan 3 Seksyen sahaja iaitu  Seksyen Pengetahuan Am, Daya Penyelsaian Masalah dan Ujian Psikometri (Personaliti Diri)
  • Semua soalan dalam bentuk pilihan objektif sahaja.

Dengan ujian secara atas talian (online), keputusan dan laporan peperiksaan boleh diperolehi secara terus melalui sistem peperiksaan online yang dibangunkan oleh pihak SPA.

Calon juga akan memperolehi keputusan peperiksaan dengan lebih cepat berbamding dengan sistem manual sebelum ini yang memakan masa hampir 6 bulan untuk keputusan dikeluarkan.

Berdasarkan exam online yang dijalankan sebelum ini,keputusan peperiksaan akan dikeluarkan oleh pihak SPA se awal satu hari selepas peperiksaan dijalankan.

Contoh Soalan Peperiksaan Online E41

Mahu? Anda boleh mendapatkan contoh soalan peperiksaan dengan klik gambar panduan dibawah.

Terima kasih. Semoga anda dapat jawab Peperiksaan Online Pegawai Perangkawan Gred E41 dengan mudah.

Filed Under: Peperiksaan Online

Oh! Maklumat Jawatan Perangkawan Gred E41

oleh admin Leave a Comment

Berikut merupakan maklumat jawatan perangkawan gred E41 dari sumber sah  – SPA 2015.

Perangkawan Gred E41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,914.00RM8,649.00RM225.00
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,117.57 ] atau
  • Associateship Institute of Statisticians London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,117.57 ] atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,526.41 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Perangkawan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Dapatkan maklumat jawatan perangkawan gred E41 terus ke emel anda. Mahu?

Filed Under: Berita Semasa

Oh! Soalan Dilarang Tanya Ketika Sesi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Apakah soalan dilarang tanya ketika sesi temuduga? Ya, ada beberapa persoalan yang tidak patut anda bangkitkan. Anda memang dibenarkan bertanya jika diberi peluang. Walau bagaimanapun, ada soalan yang dilarang tanya ketika sesi temuduga. Teruskan membaca, soalan dilarang tanya ketika sesi temuduga.

1. Apakah projek yang dijalankan oleh syarikat ini?

Anda sepatutnya sudah tahu mengenai perkara ini, anda harus menjalankan sedikit kajian mengenai syarikat tersebut.

2. Adakah saya akan datang ke pejabat setiap hari atau bila dipanggil sahaja?

Melainkan temuduga ini untuk jawatan penjual, separuh masa atau kemungkinan cara bekerjanya memang begitu. Anggaplah untuk jawatan itu, anda akan datang bekerja setiap hari.

3. Berapa gaji untuk jawatan ini?

Jika mereka tidak tanyakan kepada anda tentang jangkaan anda mengenai berapa jumlah bayaran, jangan bangkitkan hal ini.

4. Berapa lama cuti yang saya ada?

Jangan tanyakan berapa lama cuti yang ditetapkan untuk anda dan bagaimana anda boleh gunakannya nanti. Bincangkan perkara ini hanya apabila anda memang sudah diterima bekerja dalam syarikat.

5. Berapa hari lagi saya perlu tunggu untuk masuk kerja?

Jangan tanya berapa lama anda harus tunggu sebelum ditawarkan bekerja.

 

Selamat maju jaya untuk anda saya ucapkan! Terima kasih kerana membaca Soalan Dilarang Tanya Ketika Sesi Temuduga.

Filed Under: Persediaan Temuduga

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran