• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Template Resume Dalam Bahasa Melayu Terkini

oleh admin Leave a Comment

Template resume dalam bahasa Melayu terkini ini dikongsikan sebagai rujukan calon untuk menulis resume kerja kerajaan atau resume kerja swasta. Lain kali mungkin kami akan kongsikan template resume dalam bahasa Inggeris jika ada permintaan. Buat masa ini kami sediakan dulu template resume dalam bahasa Melayu terkini.

Template Resume Dalam Bahasa Melayu Terkini

Nicholas Azizan

No. 2, Jalan Mata Kuching

45000 Kuala Selangor

Selangor Darul Ehsan

Objektif dan Matlamat Kerjaya 

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

Maklumat Peribadi

Nama Penuh: Nicholas Azizan

Umur: 20 tahun

Tarikh lahir: 30 Jun 1984

Bangsa: Melayu

No. K/P: 84xxdd-aa-ssss

Warganegara: Malaysia

Maklumat Pendidikan 

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat

Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian

Tamat: Julai 2007

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Bidang Pengajian: Matrikulasi

Kelulusan: Lulus

Tamat: Julai 2003

Institusi: Sekolah Datuk Abdul Razak

Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kelulusan: Gred 1

Tamat: Julai 2000

Pengelibatan Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006

Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000

Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999

Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999

Mewakilli sekolah, catur, 1998

Kemahiran

Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kemahiran menggunakan aplikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)

Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OhKerjaya.com, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Sekiranya artikel Cara Menulis Resume Paling Sempurna ini tidak cukup membantu anda. Boleh langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Objektif Kerjaya Yang Biasa Dimasukkan Dalam Resume

oleh admin Leave a Comment

Contoh objektif kerjaya yang biasa dimasukkan dalam resume ini dikongsi supaya dapat dirujuk oleh pemburu kerja. Harapnya selepas ini anda dapat gambaran yang lebih jelas tentang objektif kerjaya yang mahu dimasukkan dalam resume. Mesti anda tertanya-tanya apakah contoh objektif kerjaya jangka pendek atau panjang yang biasa dimasukkan dalam resume?

Contoh Objektif Kerjaya Yang Biasa Dimasukkan Dalam Resume

1. Orang baru bekerja

Untuk mendapat pekerjaan di syarikat atau institusi yang menawarkan persekitaran yang konsisten dan positif untuk belajar teknologi baru dan melaksanakannya untuk kebaikan perniagaan.

2. Memohon pengurus jawatan

Untuk menyertai sebuah syarikat yang menawarkan persekitaran yang stabil dan positif serta memberi inspirasi.

3. Jawatan jualan dan khidmat pelanggan

Untuk menyertai sebuah syarikat interaktif yang menawarkan tempat kerja yang membina untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan dan masyarakat.

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca Oh Kerjaya, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Klik untuk dapatkan Contoh Lengkap Resume Kerja Kerajaan

Sekiranya artikel Contoh Objektif Kerjaya Yang Biasa Dimasukkan Dalam Resume ini tidak cukup membantu anda. Boleh langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume

oleh admin Leave a Comment

Contoh objektif kerjaya untuk resume ini dikongsi untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai objektif dan matlamat kerjaya yang patut ditulis dalam resume kerja bahasa Melayu. Anda perlu pastikan sample resume objektif kerjaya anda ringkas dan dinyatakan dalam poin yang jelas. Apa yang paling penting adalah menulis objektif dan mantlamat kerjaya dalam resume dengan jujur tentang apa yang anda mahu.

Jika anda tahu kepentingan contoh resume objektif kerjaya, jadi anda juga mesti tahu apa yang perlu disenaraikan sebagai objektif dan matlamat kerjaya.

Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume

1. Kerjaya diteruskan dalam profesion yang sama

Jika anda memohon jawatan di sebuah syarikat perniagaan, maka objektif kerja anda perlu menggambarkan yang anda memiliki kelulusan diploma atau ijazah akademik dan sentiasa memburu kerjaya dalam bidang perniagaan. Paling utama dalam matlamat kerjaya ialah seiring dengan jawatan yang dipohon.

Sama juga jika anda cuba menceburi bidang seperti pemasaran atau perakaunan, pastikan matlamat kerjaya anda mencerminkan perkara tersebut.

2. Teknologi terkini

Di zaman digital ini, dunia pekerjaan tidak lari daripada teknologi. Dalam bahagian objektif kerjaya, nyatakan minat anda untuk bekerja dengan majikan dengan kemahiran dan pengalaman baru yang bakal diperolehi.

3. Tahap senior

Jika anda menyertai syarikat pada tahap pengalaman yang tinggi, pasti anda dapat menggalas tanggungjawab dengan baik. Catatkan contoh resume objektif kerjaya yang menyatakan anda dalam keadaan yang tepat untuk mempamerkan kebolehan dan keupayaan anda untuk manfaat syarikat.

4. Tahap kemasukan

Kekalkan objektif kerjaya jangka pendek atau panjang anda yang benar-benar relevan. Bagi mendapatkan tempat dalam syarikat, nyatakan tujuan anda menyertai sesebuah syarikat yang stabil dan akan memberi peluang untuk mengetahui lebih lanjut dan dengan itu ia akan meningkatkan profil kerja anda.

5. Menyelesaikan masalah dengan kreatif

Mesti anda tertanya-tanya dengan sample resume objektif kerjaya ini. Ya, anda boleh nyatakan bahawa anda mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Juga boleh masukkan contoh; “Mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan dan kreatif dalam keadaan mencabar” atau “Mencari kerjaya yang bertanggungjawab dengan cabaran professional”.

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OhKerjaya.com, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Sekiranya artikel Contoh Objektif Kerjaya Untuk Resume ini tidak cukup membantu anda. Boleh langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda

oleh admin Leave a Comment

Anda perlu sentiasa menyemak kembali objektif dan matlamat kerjaya anda. Dengan ini anda boleh menentukan wawasan jangka panjang kerjaya anda berkaitan apa yang mahu dicapai dalam tempoh masa yang diberikan. Sebab itu anda mesti menetapkan had masa dalam menilai kembali objektif kerjaya dalam bidang pentadbiran atau sebagainya.

Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda

#1 – Perkembangan Komprehensif

Perkembangan objektif kerjaya jangka pendek mahupun jangka panjang mesti dilihat secara mendalam. Tiada batasan dalam menambah kemajuan kerjaya anda. Sekiranya anda seorang Ketua Pegawai Eksekutif di dalam sebuah syarikat sekalipun, anda harus menunjukkan perkembangan dalam kerjaya. Contohnya, mengambil alih pemilikan terhadap syarikat yang diterajui.

Ia mustahil berlaku serta-merta, jadi anda perlu menunjukkan sikap rajin serta berdedikasi tinggi supaya ia menjadi pendorong untuk mencapai impian tersebut. Hanya dengan sikap yang serius sahaja anda mampu mencapai konsistensi dan melahirkan prestasi kerja yang produktif.

#2 – Pengurusan

Salah satu contoh resume objektif kerjaya dalam bidang pentadbiran ialah menetapkan masa untuk menjadi pengurus atau pemimpin. Mesti anda tidak mahu menjadi pengikut buat selama-lamnya, bukan? Oleh itu, cari jalan dan tetapkan strategi untuk menjadi pemimpin dalam organisasi anda.

#3 – Mempunyai Sandaran

Sekiranya anda selalu berjumpa dengan penasihat kewangan, pasti mereka akan menasihatkan anda supaya melabur wang dalam tempat yang berlainan. Pastikan anda menguruskan kewangan anda dengan baik melalui pelaburan-pelaburan yang selamat dan terjamin.

#4 – Kerjaya Kedua

Dalam mengejar impian bebas kewangan dan masa. Rancanglah kerjaya kedua anda dengan mengambil risiko tertentu. Atur perancangan dengan baik supaya kerjaya utama anda tidak terjejas.

Objektif kerjaya ini sangat penting, katakan sekarang anda bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, tapi anda mempunyai kepakaran sebagai penasihat kewangan. Dengan itu anda harus menyertai kursus-kursus yang boleh menggilap kebolehan anda tersebut sekaligus menjadikan ia kerjaya kedua. Moga suatu hari nanti anda dapat mencapai status bebas kewangan.

#5 – Perniagaan

Ini juga merupakan objektif dan matlamat kerjaya. Selepas penat berkhidmat sebagai pekerja di dalam bidang profesional, mungkin anda mahu memilih perniagaan sendiri sebagai kerjaya seterusnya. Selepas itu, anda dapat menyumbangkan kepakaran dan pengetahuan kepada peniagaan sendiri.

Matlamat kerjaya ini tidak merugikan anda. Ia secara tidak langsung dapat membawa manfaat kembali kepada diri dengan setiap sumbangan yang diberikan.

#6 – Menjadi Pakar

Mungkin sample resume objektif kerjaya ini nampak ganjil pada anda. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya pengetahuan dan pengalaman anda boleh menjadi satu servis untuk dijadikan modal. Sebagai contoh, anda boleh menjadi perunding kerjaya. Hanya gunakan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk diaplikasikan kepada orang lain. Anda boleh lihat contohnya jobstreet.com yang menjadi medan untuk orang ramai mendapatkan nasihat dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Kesimpulannya…

Objektif dan matlamat kerjaya mestilah ditulis dengan jelas. Menurut seorang pakar motivasi Brian Tracy; orang yang jelas matlamatnya akan mencapai kejayaan dengan masa yang lebih singkat berbanding orang lain.

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OhKerjaya.com, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Jika artikel Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda ini tidak cukup membantu anda. Sila langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume

oleh admin Leave a Comment

Senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume ini dikongsikan kepada anda sebagai rujukan. Tak susah sebenarnya nak mengarang objektif kerjaya. Tapi boleh jadi susah sekiranya anda tidak mempunyai rujukan. Kami ingin membantu anda semua, sebab itu kami kongsikan senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume kerja.

Klik untuk dapatkan Kit Penulisan Resume TERHAD

Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume

#1 – Pertumbuhan Sumber

Perubahan adalah satu proses yang pasti berlaku dalam kehidupan seharian termasuklah dalam aspek pekerjaan. Melalui pertumbuhan dan perubahan dalam pekerjaan, sangat wajar anda mengambil inisiatif untuk menaik taraf serta menambah pengetahuan dan kemahiran.

#2 – Aspek Kewangan

Anda perlu dibayar sama dengan nilai kerja anda. Ini sangat penting, sebab ia akan memberi kesan yang buruk dalam etika kerja jika anda tidak diabayar secukupnya. Sebaliknya jika terlebih bayaran pula, kemungkinan kerja yang dilakukan tidak produktif kerana perlu disuntik dengan wang barulah kerja berjalan.

#3 – Kepuasan

Satu lagi contoh resume objektif kerjaya yang perlu diambil kira ialah tahap kepuasan. Ini bakal memberi kesan kepada kerjaya anda jika anda tidak puas hati dengan pencapaian anda. Perjalanan kerjaya mungkin terganggu.

#4 – Pengalaman Baru

Tahukah anda hampir ¾ daripada hidup kita diperuntukkan dalam dunia kerjaya. Pengalaman baru juga termasuk dalam objektif kerjaya jangka pendek atau panjang. Anda harus maju sambil menimba ilmu dan pengalaman baru. Belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai tahap masyarakat dapat meningkatkan kemahiran toleransi anda.

#5 – Kestabilan

Ini akan menjadi sebab mengapa anda tetap bertahan dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Sudah tentu anda tidak mahu bekerja dalam sesebuah syarikat yang goyang. Ia hanya melambatkan proses kerja anda. Anda boleh jimatkan masa memikirkan tentang perkara tersebut sekaligus dapat menumpukan  perhatian dalam perkembangan syarikat jika syarikat yang anda sertai sedia stabil.

Selamat maju jaya…

Itu sahaja sample resume objektif kerjaya yang dapat kami kongsikan kepada anda. Anda boleh gunakan matlamat kerjaya ini. Sama ada objektif resume pembantu tadbir, objektif resume akauntan, objektif resume kerani, objektif resume penguasa kastam, atau apa sahaja objektif resume kerja kerajaan mahupun objektif resume kerja swasta. Gunakan senarai ini dalam resume kerja anda.

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OK, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Sekiranya artikel Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume ini tidak cukup membantu anda. Boleh langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Klik untuk dapatkan Kit Penulisan Resume TERHAD

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran