Bagaimana meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga? Saya yakin inilah detiknya di mana calon sangat gementar dan tiada idea tentang apa yang patut mereka lakukan. Bagaimana anda meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga sangat penting. Jangan biarkan detik ini merosakkan persediaan yang telah anda buat sekian lama. Untuk lebih tenang dan fokus semasa sesi temuduga, baca lanjut tentang bagaimana anda sepatutnya meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga.
‘Warm-up’ sebutan vokal
Anda mesti bercakap dengan lancer dan yakin. Sebutan yang jelas akan memudahkan penemuduga untuk memahami dengan lebih baik apa yang anda cuba sampaikan.
Karisma
Anda mesti buatkan diri anda mudah disukai orang. Bahkan inilah kunci kepada keberjayaan temuduga. Ingat, majikan bukan memilih anda semata-mata untuk menggajikan anda. Mereka akan berurusan dengan mereka setiap hari di tempat kerja, mesyuarat dan mengadakan sesi perbincangan bersama.
Tunjukkan kepada mereka yang anda adalah orangnya yang patut dipilih untuk bekerja bersama mereka.
Persediaan
Sebagai tambahan, anda disarankan untuk melakukan sedikit kajian tentang majikan anda. Baca tulisan yang ditulis oleh mereka dalam web-web syarikat atau milik mereka sendiri. Cari laman sosial seperti Facebook atau Twitter mereka. Hal ini untuk anda mendapatkan gambaran tentang hidup mereka. Natijahnya, anda mampu berbual dengan mereka seperti seorang kawan.
Tenangkan Diri
Apa sahaja ritual yang dapat menenagkan fikiran anda adalah sangat penting. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sesi temuduga ini dapat membuatkan anda tertekan. Mana tidaknya, jika anda tidak berjaya, anda terpaksa bekerja keras mencari kerja lain pula. Pada ketika itu siapa yang akan membayar segala bil dan perbelanjaan harian kita?
Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal tenang adalah dengan mendengar muzik. Anda akan lihat ini dibuat oleh kebanyakan atlet sebelum ke gelanggang. Hal ini dapat membantu anda untuk kekal tenang dan fokus.
Akhir sekali, ambil nafas sedalam-dalamnya, ukirkan senyuman yang manis. Masuk ke dewan temuduga dengan tenang, fokus dan yakin! Terima kasih kerana membaca Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga.
Leave a Reply