Resume yang bagus menarik perhatian di awal penulisan. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara menulis resume yang bagus dan menangkap perhatian bakal majikan. Baca lagi untuk tahu cara menulis resume yang bagus.
Ingat! 15-20 perkataan pertama sangat pentingPertama sekali anda mesti tahu, 15-20 perkataan pertama sangat penting. Ini sahaja panjang perkataan yang mampu menarik perhatian pegawai pengambilan. Jika mereka tertarik dengan resume anda, mereka akan berminat untuk meneliti keseluruhan resume kerja anda.
Jadi, mula tulis resume anda dengan rumusan pengalaman kerja yang sangat ringkas. Jangan risau, anda boleh pamerkan lagi panjang di seksyen lain. Tapi untuk bahagian ini, pastikan ia ringkas dan padat.
Macam mana nak ringkaskan? Apa yang nak ditonjolkan?
Ok, anda mesti pastikan yang pendahuluan rumusan anda dapat memberi tanggapan kepada majikan bahwa anda ada apa yang diperlukan oleh jawatan tersebut. Ia sepatutnya ada penerangan atau nama pekerjaan seperti “Pakar Sekuriti Maklumat yang…”. Pastikan ia bersesuaian dengan keperluan syarikat.
Ada beberapa contoh yang anda boleh lihat;
1. “25 tahun pengalaman sebagai eksekutif penjagaan kesihatan…”
2. “Eksekutif strategi dan pembangunan perniagaan dengan pengalaman yang banyak dalam mereka bentuk, memimpin dan melaksanakan perkembangan korporat dan usaha penyelerasan semula.”
Pastikan anda tidak menulis ayat klise. Ayat-ayat basi yang anda tulis itu seolah-olah memberi tanggapan kepada pembaca “Saya tiada kelebihan berbanding orang lain”
Kesimpulan…
Haaa, itu dia tulisan ringkas. Khas untuk rumusan di awal resume. Apa-apa pun kami yakin anda mesti mampu menyediakan resume kerja bahasa Melayu terbaik. Kami juga berhasrat untuk berkongsi cara menulis resume kerja bahasa Inggeris terbaik jika anda permintaan.
Terima kasih kerana membaca Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan
Leave a Reply