• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Penulisan Resume / Oh! Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda

Oh! Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda

oleh admin Leave a Comment

Anda perlu sentiasa menyemak kembali objektif dan matlamat kerjaya anda. Dengan ini anda boleh menentukan wawasan jangka panjang kerjaya anda berkaitan apa yang mahu dicapai dalam tempoh masa yang diberikan. Sebab itu anda mesti menetapkan had masa dalam menilai kembali objektif kerjaya dalam bidang pentadbiran atau sebagainya.

Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda

#1 – Perkembangan Komprehensif

Perkembangan objektif kerjaya jangka pendek mahupun jangka panjang mesti dilihat secara mendalam. Tiada batasan dalam menambah kemajuan kerjaya anda. Sekiranya anda seorang Ketua Pegawai Eksekutif di dalam sebuah syarikat sekalipun, anda harus menunjukkan perkembangan dalam kerjaya. Contohnya, mengambil alih pemilikan terhadap syarikat yang diterajui.

Ia mustahil berlaku serta-merta, jadi anda perlu menunjukkan sikap rajin serta berdedikasi tinggi supaya ia menjadi pendorong untuk mencapai impian tersebut. Hanya dengan sikap yang serius sahaja anda mampu mencapai konsistensi dan melahirkan prestasi kerja yang produktif.

#2 – Pengurusan

Salah satu contoh resume objektif kerjaya dalam bidang pentadbiran ialah menetapkan masa untuk menjadi pengurus atau pemimpin. Mesti anda tidak mahu menjadi pengikut buat selama-lamnya, bukan? Oleh itu, cari jalan dan tetapkan strategi untuk menjadi pemimpin dalam organisasi anda.

#3 – Mempunyai Sandaran

Sekiranya anda selalu berjumpa dengan penasihat kewangan, pasti mereka akan menasihatkan anda supaya melabur wang dalam tempat yang berlainan. Pastikan anda menguruskan kewangan anda dengan baik melalui pelaburan-pelaburan yang selamat dan terjamin.

#4 – Kerjaya Kedua

Dalam mengejar impian bebas kewangan dan masa. Rancanglah kerjaya kedua anda dengan mengambil risiko tertentu. Atur perancangan dengan baik supaya kerjaya utama anda tidak terjejas.

Objektif kerjaya ini sangat penting, katakan sekarang anda bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, tapi anda mempunyai kepakaran sebagai penasihat kewangan. Dengan itu anda harus menyertai kursus-kursus yang boleh menggilap kebolehan anda tersebut sekaligus menjadikan ia kerjaya kedua. Moga suatu hari nanti anda dapat mencapai status bebas kewangan.

#5 – Perniagaan

Ini juga merupakan objektif dan matlamat kerjaya. Selepas penat berkhidmat sebagai pekerja di dalam bidang profesional, mungkin anda mahu memilih perniagaan sendiri sebagai kerjaya seterusnya. Selepas itu, anda dapat menyumbangkan kepakaran dan pengetahuan kepada peniagaan sendiri.

Matlamat kerjaya ini tidak merugikan anda. Ia secara tidak langsung dapat membawa manfaat kembali kepada diri dengan setiap sumbangan yang diberikan.

#6 – Menjadi Pakar

Mungkin sample resume objektif kerjaya ini nampak ganjil pada anda. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya pengetahuan dan pengalaman anda boleh menjadi satu servis untuk dijadikan modal. Sebagai contoh, anda boleh menjadi perunding kerjaya. Hanya gunakan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk diaplikasikan kepada orang lain. Anda boleh lihat contohnya jobstreet.com yang menjadi medan untuk orang ramai mendapatkan nasihat dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Kesimpulannya…

Objektif dan matlamat kerjaya mestilah ditulis dengan jelas. Menurut seorang pakar motivasi Brian Tracy; orang yang jelas matlamatnya akan mencapai kejayaan dengan masa yang lebih singkat berbanding orang lain.

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OhKerjaya.com, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Jika artikel Senarai Semak Dalam Mencapai Objektif Dan Matlamat Kerjaya Anda ini tidak cukup membantu anda. Sila langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran