Tips resume 2015: Teknik Memikat Majikan Cara Pantas | Tips resume 2015: Teknik Memikat Majikan Cara Pantas ini ditulis untuk membantu graduan menyediakan resume yang dapat memikat hati majikan. Oleh itu, ketahui lebih lanjut tips resume 2015: teknik memikat majikan cara pantas.
Bagi menangkap perhatian para majikan, resume anda mempunyai kurang dari 10 saat. Anda boleh terkeluar dari ruang perhatian majikan untuk tapisan seterusnya dengan mengabaikan kesilapan kecil dalam resume anda seperti kesalahan tatabahasa.
Sangat penting untuk anda membetulkan setiap kesilapan dan memastikan resume anda mempunyai format yang terkini, menarik dan sesuai.
Tips Resume 2015Isi kandungan resume yang mantap dapat memberikan kelebihan pada anda. Oleh itu;
- Letak nama anda dengan jelas, alamat, nombor telefon dan juga email
- Setiap resume mesti disesuaikan dengan sasaran portfolio anda
- Kategorikan resume anda mengikut jenis format yang betul
Setiap elemen ini akan membantu anda menghasilkan resume yang cemerlang.
Tips Temuduga 2015Bonus Tips Temuduga 2015
- Menjadi antara kesilapan terbesar ketika menghadiri temuduga adalah dengan mengabaikan isu-isu berkaitan dengan syarikat juga agensi anda ditemuduga
- Mulakan dengan membuat carian yang terperinci tentang syarikat atau agensi melalui laman web utama mereka
- Lihat setiap profil majikan dan peranan mereka
- Baca 5 blogpost yang terawal mereka keluarkan
- Objektif utama temuduga diadakan adalah untuk menentukan sama ada pemohon memiliki kriteria yang dikehendaki oleh majikan serta boleh menjadi sebahagian pasukan kerja yang dinamik dan proaktif
- Mereka yang bijak mengambil peluang dan mencari inisiatif dan tidak hanya menjual dirinya adalah ciri-ciri umum yang dicari-cari oleh majikan
Semoga berjaya, terima kasih kerana membaca Tips Resume 2015.
Leave a Reply