Bukan semua temuduga sama seperti yang anda sangkakan. Mungkin apa yang anda sangkakan adalah temuduga berbentuk tradisional di mana anda hanya berhadapan dengan seorang penemuduga. Bukan semua temuduga sama seperti yang anda sangkakan, anda berkemungkinan besar dipanggil ke sesi temuduga bersama 2 atau 3 orang panel. Baca lagi bukan semua temuduga sama seperti yang anda sangkakan.
Selain itu, anda mungkin juga akan lalui temuduga yang diberikan dalam bentuk tekanan. Temuduga yang memerlukan anda membuat pembentangan atau temuduga skrin.
Walau bagaimanapun, calon tidak sepatutnya lari dari matlamat asal iaitu untuk menjadi calon terbaik di antara yang lain. Hal ini kerana dari beratus calon yang memohon pekerjaan, majikan hanya akan pilih yang terbaik untuk diterima bekerja dalam syarikatnya.
Memiliki pengetahuan yang lebih daripada calon lain akan membantu anda membuat persediaan dengan lebih berkesan. Oleh itu, di sini kami kongsikan beberapa jenis temuduga yang perlu anda tahu;
Temuduga Skrin
Sebelum pergi ke temuduga, anda akan menerima panggilan telefon dari bakal majikan. Ia barangkali dilakukan oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia untuk bertanyakan beberapa soalan yang akan membantu mereka membuat keputusan untuk memanggil anda atau tidak. Jadi anda perlu membuat persedian yang terbaik untuk menjawab sebarang panggilan telefon.
Temuduga Panel
Ia sememangnya bakal memberikan sedikit tekanan apabila anda berhadapan dengan dua atau tiga orang penemuduga sekaligus. Itulah makna temuduga panel. Bakal majikan anda akan memeberikan lebih banyak pendapat tentang anda.
Tugas anda ialah untuk sentiasa berhubung dengan panel-panel temuduga apabila menjawab soalan. Mulakan dengan ‘eye-contact’ dengan panel yang memberikan soalan. Kemudian perlahan-lahan arahkan pandangan anda kepada panel yang lain sambil menjawab soalan.
Temuduga Tekanan
Anda akan diberikan senarai tugas untuk diselesaikan. Masa yang diberikan adalah singkat, contohnya 20 minit untuk menyelesaikan tugas tersebut mengikut keutamaan. Sepanjang sesi berjalan, panel akan melontarkan soalan beberapa kali sambil merenung tajam ke arah anda. Semasa anda cuba untuk menjawab, tiba-tiba panel bangun dan pergi meninggalkan anda. Tiada penjelasan diberikan.
Anda ditemuduga dalam keadaan yang tertekan. Bakal majikan meletakkan anda di bawah tekanan untuk melihat bagaimana anda memberikan maklum balas. Tunjukkan kepada mereka, apa yang dilakukan terhadap anda tidak akan membuatkan anda kelam-kabut. Bertenang dan selesaikan tugasan anda. Lebih banyak tekanan yang diberi, lebih tenang anda menghadapinya.
Temuduga Kes
Bakal majikan anda akan memberikan topik atau permasalahan untuk anda bentangkan sebelum anda hadir ke sesi temuduga atau secara terus di dalam sesi temuduga. Mereka akan menilai bagaimana anda berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang kecil.
Sebab itu anda perlu membuat persiapan di rumah dan siap sedia untuk dibentangkan kepada bakal majikan. Pastikan di dalam minda ada sudah ada persediaan untuk mengenalpasti siapakah penonton anda, apa yang mereka mahu dengar dan masa yang diberikan untuk membuat pembentangan.
Beauty Parade
Bakal majikan anda bercadang untuk mengambil anda sebagai pekerja, namun beliau mahu anda berjumpa dengan beberapa orang individu. Kini anda berada dalam “beauty parade”, jadi anda harus lebih terampil. Penampilan pakaian anda harus kelihatan profesional dan berikan pada bakal majikan banyak sebab mengapa mereka perlu ambil anda bekerja. Sesi ini berlangsung tidak melebihi 30 minit setiap satu.
Persembahan Konsisten
Bermula dari temuga skrin hingga ke proses temuduga, anda perlu mengatasi calon-calon lain dengan yakin. Anda sudahpun faham kesemua format temuduga mungkin dihadapi. Anda juga tahu apa yang perlu diberi perhatian dan bagaimana cara terbaik untuk melakukan persediaan.
Menjadi diri sendiri ketika ditemuduga akan menghasilkan tanggapan positif yang konsisten oleh penemuduga. Bakal majikan akan mula mempercayai anda dan berasa selesa dengan personaliti diri yang anda tonjolkan. Secara semulajadinya, anda akan menjadi diri yang terbaik tidak kira apa sahaja bentuk temuduga yang akan ditempuhi dalam perjalanan menuju kerjaya impian.
Selamat maju jaya diucapkan kepada calon yang bakal menghadapi sesi temuduga. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Bukan Semua Temuduga Sama Seperti yang Anda Sangkakan.
Leave a Reply