[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]5 sebab mengapa anda kerap gagal temuduga kerja. Nampak sedikit tetapi ia memberi impak yang besar pada masa depan hidup anda. Salah satu dari lima sebab ini mungkin pernah anda lakukan yang menyebabkan anda kerap gagal temuduga, malah berkali-kali.
Ini tidak sepatutnya berlaku, namun jangan risau kerana kami ingin menolong anda berjaya dengan cemerlang dalam sesi temuduga seterusnya. Ambil pengajaran dan jangan lakukannya lagi, peluang untuk anda berjaya semakin cerah. Teruskan membaca 5 sebab mengapa anda kerap gagal temuduga.
1. Tak Tahu Maklumat Bakal Majikan
Kenapa anda perlu tahu maklumat syarikat bakal majikan anda? Anda kan nak bekerja di situ, jadi perlu ambil tahu latar belakang syarikat tersebut.
Cari maklumat berkaitan dengan :
- Bagaimana syarikat tersebut beroperasi
- Sumber kewangan
- Produk atau servis yang mereka sediakan
- Saingan syarikat
- Etika kerja
- Ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh syarikat
Mudah sahaja untuk mencari maklumat, buka komputer dan cari dengan Google. Cari nama syarikat yang bakal menemuduga anda.
2. Tak Buat Latihan
Pernah lihat calon gugup semasa disoal? Komunikasi tak lancar akibat tiada latihan!
Macam mana nak buat latihan? Senaraikan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Bayangkan diri anda sebagai penemuduga. Senaraikan soalan yang ingin anda Tanya kepada calon.
Minta bantuan rakan untuk membuat simulasi sesi temuduga. Paling tidak di depan cermin supaya anda boleh menilai terus corak dan gaya persembahan anda. Gunakan bahasa inggeris sebagai persediaan tambahan. Sampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.
3. Pakaian Tak Sesuai
Tidak sama pakaian semasa tidur dengan pakaian semasa bersukan. Begitu juga dengan pakaian kerja. Anda perlu mencipta imej kerjaya yang cemerlang di hadapan bakal majikan kerana mereka akan mulai membuat penilaian tidak rasmi sebelum temuduga bermula.
Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga – Cubalah
- T-shirt
- Baju atau seluar ketat
- Menjolok mata
- Skirt pendek
- Kasut sukan
- Selipar
Jadi apa cadangan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga? Anda dicadangkan berpakaian yang :
- Sopan
- Berwarna lembut
- Bersih
- Berbau segar
- Bergosok
Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher, stokin dan berkasut.
4. Penampilan caca marba
Ketika menghadiri temuduga, penampilan adalah perkara utama. Ceria, bertenaga dan bersemangat waja adalah elemen yang diperlukan.
Barangkali anda mungkin penat atau tak cukup rehat, tetapi anda harus bijak memanipulasikan situasi. Selindungkan permasalahan yang anda sedang hadapi.
Ini merupakan antara ciri-ciri pekerja yang diperlukan. Walaupun anda ada masalah, namun anda memilih untuk bersikap professional dengan tidak mencampurkannya dengan urusan kerja.
5. Bad Attitude
Baiki ‘Attitude’ Untuk Lulus Temuduga
Ini adalah tiket untuk gagal dalam temuduga. Tiada sesiapa yang akan dapat bekerjasama dengan anda. Segala potensi, bakat dan kelebihan diri anda akan terbiar begitu sahaja.
Sungguh pun begitu, sikap negatif masih boleh diubati dengan :
- Melatih diri menjawab soalan sendiri sehingga yakin.
- Menyemak resume untuk menghargai pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.
- Senaman ringan seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.
- Berdoa untuk ditenangkan hati dan fikiran
Mahu tahu lagi sebab mengapa anda kerap gagal temuduga? Klik sini untuk mendapatkan e-book yang akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sebab-sebab mengapa anda kerap gagal temuduga kerja. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca 5 sebab mengapa anda kerap gagal temuduga kerja.
Leave a Reply