[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]Belajar kena ikut minat ke atau kelayakan? Ini cerita sesuai dibaca oleh pelajar yang melangkah ke era zaman Universiti. Saat di mana ibu bapa gembira akan gembira apabila melihat anak mereka masuk ke alam universiti. Ibu Bapa yang mana tak gembira. Termasuk juga ibu bapa saya.
Jadi anda dan saya ada persamaan.
Persoalan timbul. Mahu belajar di IPT kena ikut minat ke atau kelayakan? Pernah dengar kes dimana bidang yang mahu anda ambil itu bukan minat ataupun mencukupi kelayakan anda? Ini kes berat, kes yang harus diselidiki bersama.
Minat dan kelayakan harus lah seimbang. Andaikata betul betul anda berminat dengan kos tersebut, teruskan sahaja dengan kos tersebut. Tetapi harus ingat, ianya perlu seimbang dengan kelayakan sendiri.
Ada juga perkara lain yang harus diambil berat, iaitu soal Masa Depan bagi kerjaya yang bakal diambil. Itu sebab kenapa saya buka blog OhKerjaya ini. Anda perlu ambil kisah mengenai Kerjaya masa depan anda, jangan biarkan ianya gelap gelita tanpa lampu.
Jadi, mana harus diberikan keutamaan. Dalam kes ini, demi masa depan yang lebih cerah. Biarpun bukan perkara yang anda minat sepenuhnya, tetapi lihatlah pada peluang kerjaya yang ada pada masa depan. Adakalanya yang anda minat mungkin bukan keutamaan untuk anda membuat keputusan yang tepat.
Anda perlu sedar bahawa setiap bidang yang wujud di IPT juga mempunyai objektif yang disusun oleh kerajaan bagi keadaan sesebuah negara. Adakala ianya tidak sesuai untuk peredaran zaman kerana Malaysia sedang menuju ke zaman 2020.
Kelebihan belajar ikut minat
Bagi seorang pelajar seperti saya. Belajar mengikut minat banyak kelebihanya terutamanya dari segi mudah faham apa yang diajar. Selalunya apabila anda minat, anda tidak perlu disuruh pun untuk melakukan sesuatu kerja tersebut. Anda akan buat kerana rela hati.
Kelebihan belajar ikut kelayakan
Bagi anda yang belajar ikut kelayakan. Ini adalah yang terbaik kerana anda tahu potensi anda di mana. Tetapi harus diingatkan, bagi yang belajar ikut kelayakan. Adakalanya anda akan cepat berputus asa kerana melihat rakan belajar yang lebih kelayakan dari diri anda. Jadi anda harus tabah dan kuatkan konsisten untuk belajar.
Kesimpulannya
Bagi saya, keseimbangan itu penting antara ikut minat dan belajar ikut kelayakan. Anda harus belajar mengikut minat dan dalam masa yang sama mengikut kelayakan anda. Tetapi harus dingatkan supaya mempunyai perancangan yang rapi kemana pembelajaran yang anda ingin dan mahu bawak.
Paling penting, fikirkan mengenai ke menara gading dan bagaimana 5 tahun anda daripada sekarang. Fikirkan mulai sekarang, lagi-lagi bagi yang baru memasuk ke zaman IPT.
Ini seruan saya. Teruskan bersemangat wajar. Belajarlah mengikut minat dan juga kelayakan anda. [ninja-popup ID=125]Dapatkan update percuma.[/ninja-popup]
[su_note]Baca selanjutnya: Rahsia Bijak Temuduga – Pakej Panduan Lengkap Temuduga Kerja[/su_note]