• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2020

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Persediaan Temuduga / Oh! 5 Sebab Mengapa Anda Kerap Gagal Temuduga Kerja

Oh! 5 Sebab Mengapa Anda Kerap Gagal Temuduga Kerja

January 22, 2015 by admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]5 sebab mengapa anda kerap gagal temuduga kerja. Nampak sedikit tetapi ia memberi impak yang besar pada masa depan hidup anda. Salah satu dari lima sebab ini mungkin pernah anda lakukan yang menyebabkan anda kerap gagal temuduga, malah berkali-kali.

Ini tidak sepatutnya berlaku, namun jangan risau kerana kami ingin menolong anda berjaya dengan cemerlang dalam sesi temuduga seterusnya. Ambil pengajaran dan jangan lakukannya lagi, peluang untuk anda berjaya semakin cerah. Teruskan membaca 5 sebab mengapa anda kerap gagal temuduga.

1. Tak Tahu Maklumat Bakal Majikan

Kenapa anda perlu tahu maklumat syarikat bakal majikan anda? Anda kan nak bekerja di situ, jadi perlu ambil tahu latar belakang syarikat tersebut.

Cari maklumat berkaitan dengan :

  • Bagaimana syarikat tersebut beroperasi
  • Sumber kewangan
  • Produk atau servis yang mereka sediakan
  • Saingan syarikat
  • Etika kerja
  • Ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh syarikat

Mudah sahaja untuk mencari maklumat, buka komputer dan cari dengan Google. Cari nama syarikat yang bakal menemuduga anda.

2. Tak Buat Latihan

Pernah lihat calon gugup semasa disoal? Komunikasi tak lancar akibat tiada latihan!

Macam mana nak buat latihan? Senaraikan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Bayangkan diri anda sebagai penemuduga. Senaraikan soalan yang ingin anda Tanya kepada calon.

Minta bantuan rakan untuk membuat simulasi sesi temuduga. Paling tidak di depan cermin supaya anda boleh menilai terus corak dan gaya persembahan anda. Gunakan bahasa inggeris sebagai persediaan tambahan. Sampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.

3. Pakaian Tak Sesuai

Tidak sama pakaian semasa tidur dengan pakaian semasa bersukan. Begitu juga dengan pakaian kerja. Anda perlu mencipta imej kerjaya yang cemerlang di hadapan bakal majikan kerana mereka akan mulai membuat penilaian tidak rasmi sebelum temuduga bermula.

Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga – Cubalah

  • T-shirt
  • Baju atau seluar ketat
  • Menjolok mata
  • Skirt pendek
  • Kasut sukan
  • Selipar

Jadi apa cadangan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga? Anda dicadangkan berpakaian yang :

  • Sopan
  • Berwarna lembut
  • Bersih
  • Berbau segar
  • Bergosok

Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher, stokin dan berkasut.

4. Penampilan caca marba

Ketika menghadiri temuduga, penampilan adalah perkara utama. Ceria, bertenaga dan bersemangat waja adalah elemen yang diperlukan.

Barangkali anda mungkin penat atau tak cukup rehat, tetapi anda harus bijak memanipulasikan situasi. Selindungkan permasalahan yang anda sedang hadapi.

Ini merupakan antara ciri-ciri pekerja yang diperlukan. Walaupun anda ada masalah, namun anda memilih untuk bersikap professional dengan tidak mencampurkannya dengan urusan kerja.

5. Bad Attitude

Baiki ‘Attitude’ Untuk Lulus Temuduga

Ini adalah tiket untuk gagal dalam temuduga. Tiada sesiapa yang akan dapat bekerjasama dengan anda. Segala potensi, bakat dan kelebihan diri anda akan terbiar begitu sahaja.

Sungguh pun begitu, sikap negatif masih boleh diubati dengan :

  • Melatih diri menjawab soalan sendiri sehingga yakin.
  • Menyemak resume untuk menghargai pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.
  • Senaman ringan seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.
  • Berdoa untuk ditenangkan hati dan fikiran

 

Mahu tahu lagi sebab mengapa anda kerap gagal temuduga? Klik sini untuk mendapatkan e-book yang akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sebab-sebab mengapa anda kerap gagal temuduga kerja. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca 5 sebab mengapa anda kerap gagal temuduga kerja.

 

Filed Under: Persediaan Temuduga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan? April 12, 2016
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran? April 12, 2016
  • Review Rahsia Bijak Temuduga August 25, 2015
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat August 22, 2015
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan August 20, 2015
  • Review Rahsia Resume Kerja August 19, 2015
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya August 17, 2015

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Laman Kerjaya

Kerjaya Malaysia

Rakan Kerjasama

Zafesha Simply Beauty

Zafesha Simply Foundation

Alkurma Ajwa

Carian

Copyright 2015-2021 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran