• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2020

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Motivasi Kerjaya / Oh! Cara Pemilihan Kerjaya yang Betul

Oh! Cara Pemilihan Kerjaya yang Betul

January 24, 2015 by admin 2 Comments

gambar career ohkerjaya

 

Cara Pemilihan Kerjaya : Cara pemilihan kerjaya memerlukan penelitian yang rapi dari segi hala tuju pemilihan kerjaya yang sesuai mengikut bidang masing-masing. Individu akan cuba melaksanakan konsep kendiri di mana individu tersebut memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.

Lebih jelas lagi konsep kendiri ini merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara individu tersebut menganggap tentang dirinya secara postif mahupun negatif.

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan pelbagai keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin bertambah kemungkinan individu tersebut untuk berjaya dalam bidang yang dipilih.

Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens iaitu keserasian antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Ketahui lebih lanjut cara pemilihan kerjaya yang betul!

Masalah Pemilihan Kerjaya Remaja

Masalah pemilihan kerjaya dalam remaja terjadi kerana remaja tiada kebolehan dalam membuat sebarang keputusan tentang kerjaya. Hal ini terjadi apabila remaja mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada hala tuju serta tidak mempunyai minat.

Masalah ini juga berlaku disebabkan remaja gagal menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya.

Sesetengah remaja juga kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat yang jelas berkaitan dengan dunia pekerjaan.

Strategi Pemilihan Kerjaya

Pemilihan kerjaya memerlukan pelbagai strategi yang proaktif agar individu tidak tersalah langkah dalam memilih kerjaya.

Strategi yang dimaksudkan ialah dengan mengenalpasti pelbagai sifat serta ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu dengan mengenal potensi yang ada pada diri individu.

Selain itu, individu hendaklah mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan agar dapat mengenali dunia pekerjaan dengan lebih mendalam lagi. Individu juga haruslah memadankan pekerjaan dengan individu seperti memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

Jenis Kerjaya Mengikut Bidang Yang Diminati

Pelbagai sifat serta ciri yang ada dalam diri setiap individu. Oleh itu, individu haruslah mengenalpasti sifat serta ciri-ciri yang ada pada diri agar mudah untuk membuat pilihan pekerjaan supaya selari dengan kemampuan diri.

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)

a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.

f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.

2. INVESTIGATIF – ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)

a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.

c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.

d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

3. SOSIAL – ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)

CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.

4. ENTERPRISING – ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.

5. KONVENSIONAL – ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid bergantungan.

 

Kesimpulannya, pemilihan kerjaya mengikut minat dan bidang masing-masing adalah perlu bagi setiap orang. Kesilapan memilih kerjaya diluar bidang anda hanya akan merosakkan minat anda sendiri sekaligus pastinya tidak akan bertahan lama di alam pekerjaan itu nanti.

Jadi jangan hairanlah jika mereka yang mungkin kurang berpendidikan tinggi masih boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda atas usaha dan niat mereka yang tidak mengenal erti susah payah. Semoga berjaya!

Filed Under: Motivasi Kerjaya

Comments

  1. matacamey says

    July 5, 2015 at 6:34 pm

    adakalanya terpaksa melupakan keinginan kerjaya dan memilih kerjaya yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.. terima kasih atas perkongsian info..

    Reply
  2. ct says

    January 12, 2016 at 2:49 am

    Info yg bagus..tq share

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan? April 12, 2016
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran? April 12, 2016
  • Review Rahsia Bijak Temuduga August 25, 2015
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat August 22, 2015
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan August 20, 2015
  • Review Rahsia Resume Kerja August 19, 2015
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya August 17, 2015

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Laman Kerjaya

Kerjaya Malaysia

Rakan Kerjasama

Zafesha Simply Beauty

Zafesha Simply Foundation

Alkurma Ajwa

Carian

Copyright 2015-2021 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran