• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2020

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Berita Semasa / Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia

Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia

July 3, 2015 by admin Leave a Comment

8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia! Mesti anda hairan dan tertanya-tanya, betul ke masih wujud pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia ini? Sudah semestinya – YA! Masih wujud lagi di Malaysia ini pekerjaan gaji tinggi tanpa memerlukan Ijazah.

Apa pekerjaan-pekerjaan tersebut?

pekerjaan-gaji-tinggi-tanpa-ijazah

Eh, ada rupanya pekerjaan yang tawarkan gaji yang tinggi walaupun tanpa segulung Ijazah?

Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia.

#1: Juruterbang

Cuba anda teka, berapa gaji basic untuk juruterbang a.k.a pilot? RM 4,000 ke atas! Itu baru gaji basic sahaja. Walaupun pekerjaan sebagai pilot ini tidak memerlukan segulung ijazah, tetapi untuk menjadi seorang pilot, anda perlu memasuki kolej penerbangan yang yurannya hampir mencecah ratusan ribu ringgit! Itu belum termasuk lagi kos untuk mendapatkan lesen-lesen tertentu seperti Private Pilot Licence (PPL), Commercial Pilot Licence (CPL) dan juga  Airline Transport Pilot Licence (ATPL).

Sanggup?

#2: Financial Adviser

Financial Adviser atau Penasihat Kewangan merupakan salah satu dari 8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia! Job scope sebagai seorang penasihat kewangan ialah anda bertanggungjawab untuk menasihati pelaburan kewangan klien anda. Misalnya, anda perlu menerangkan kepada klien, produk pelaburan manakah yang patuh syariah, khususnya kepada orang Islam disamping memberikan pulangan yang baik kepada anda.

Kelayakan minima bagi pekerjaan ini adalah SPM sahaja, namun ia menjanjikan gaji yang agak lumayan kepada anda, sekitar RM 3,000 dan ke atas!

#3: Ejen Insurans

Tugas utama ejen insurans adalah mencari pelanggan baru untuk menerangkan produk insurans mereka kepada pelanggan-pelanggan mereka. Selain itu, ejen insurans juga perlu rajin untuk follow up perkembangan klien-klien mereka dan juga mengkaji dasar daripada syarikat insurans yang lain.

Berapa gaji yang ditawarkan? Anda jangan terkejut kerana gaji mereka boleh mencecah sekitar RM 4,500. Lagi banyak pelanggan yang mereka dapat, lagi banyak

#4: Broker Tanah

Jangan tak tahu, pekerjaan sebagai broker tanah atau ejen hartanah ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina! Walaupun tiada Ijazah yang khusus untuk menjadi broker tanah, namun anda perlu mempunyai Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) terlebih dahulu!

Jangan bimbang soal gaji, kerana gaji anda sekitar 5-6 angka! Lumayan, bukan?

#5: Oil & gas

Sebut sahaja oil & gas, saya pasti ramai yang membayangkan gajinya lumayan. Memang benar, gaji yang ditawarkan sangat lumayan, tapi setimpal dengan risiko yang perlu ditanggung. Ada pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan bidang oil & gas ini. Namun kena ingat, anda perlu mempunyai sijil CSWIP dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran.

#6: Safety & Health Officer

Sesiapa yang menjawat jawtaan ini, mereka berperanan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pekerjaan melalui DOSH.

#7: Tukang wayar

Wireman adalah orang yang sentiasa diperlukan kerana tugas mereka yang bermain dengan pengendalian litar dan wayar-wayar.

#8: Bidang Teknologi Maklumat

Bidang Teknologi Maklumat atau bidang IT bukanlah bidang yang asing dengan masyarakat hari ini. Tahukah anda, pekerjaan kelapan  daripada 8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia ini menawarkan pelbagai pekerjaan seperti computer programmer, software programmer dan mobile app developer.

 

Anda teruja selepas tahu yang sebenarnya 8 pekerjaan ini menawarkan gaji yang tinggi kepada anda walaupun tanpa segulung Ijazah?

Ijazah dan pointer yang tinggi bukanlah jaminan untuk anda mendapat gaji dalam tahap comfort zone. Sebaliknya, Ijazah hanyalah sebagai corak untuk mempercantikkan biodata dan resume anda. Memperkenalkan kepada pegawai penemuduga, anda ada kelayakan yang sepatutnya berdasarkan pekerjaan yang dipohon.

Tapi, saya tidaklah pula menyarankan anda untuk fokus kepada gaji sahaja dan mengabaikan pelajaran. Perlu seiring, supaya ilmu dan amalnya berjalan selari.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia. Semoga artikel ini menggilap semangat anda untuk mendapatkan pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah yang bersesuaian dengan anda.

 

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan? April 12, 2016
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran? April 12, 2016
  • Review Rahsia Bijak Temuduga August 25, 2015
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat August 22, 2015
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan August 20, 2015
  • Review Rahsia Resume Kerja August 19, 2015
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya August 17, 2015

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Laman Kerjaya

Kerjaya Malaysia

Rakan Kerjasama

Zafesha Simply Beauty

Zafesha Simply Foundation

Alkurma Ajwa

Carian

Copyright 2015-2021 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran